Isi Kandungan
ToggleRamai orang pada masa kini melakukan senaman perut kerana ingin membakar lemak di bahagian tersebut. Kalau ingin tegap, inilah antara bahagian badan yang penting.
Ada juga yang melakukannya untuk mendapatkan six packs. Tapi tidak kisahlah di atas sebab apa anda ingin lakukan kerana apa yang penting senaman di bahagian ini cukup penting.
Terdapat segala macam jenis bentuk atau rutin senaman perut yang boleh anda lakukan. Namun adakah anda tahu senaman yang terbaik dan mampu memberikan kesan impak tinggi? Kalau dilakukan pasti memberikan pelbagai kesan positif kepada diri.
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Perkara Yang Buat Sperma Jadi Lemah & Tak Subur, No 6 Tu Ramai Sangat Lelaki Buat
Isi Kandungan
ToggleMasa subur lelaki tidak mempunyai kitaran bulanan seperti waktu subur wanita, namun terjadi setiap pagi hari terutamannya ketika musim sejuk.10 Sebab Membuatkan Sperma Lelaki Menjadi Lemah. Ini adalah sangat penting bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga dan merancang untuk mendapatkan anak dalam masa yang singkat!
Tahu tak kamu bahawa, jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.
10 SEBAB MEMBUATKAN SPERMA LELAKI MENJADI LEMAH
1. UBAT-UBATAN TERLARANG
Ini adalah salah satu penyebab utama di sebalik sperma lemah dan lelakiyang merokok secara kerap juga lebih mudah mendapatsperma lemah dan jumlah sperma rendah di banding dengan lelaki yang tidak merokok. Masalahnya bukan hanya rokok dan ubatan terlarangdan dadah yang kuat seperti kokain juga boleh menurunkan kualiti sperma.
2. STEROID
Steroid sering menjadi jalan pintas bagi lelakiyang ingin memperbesar otot. Meskipun benar bahwa steroid boleh membuat tubuh berotot, tapi efek samping streoid ternyata sangat merbahaya juga untuk kesihatan dan kesuburan lelaki, seperti menyebabkan kerosakan hati, tingkat kolesterol LDL tinggi, pertumbuhan terhambat, kebotakan, masalah kemandulan dan masalah ginjal.
3. ALKOHOL
Penyalahgunaan alkohol juga merupakan faktor pentingdan meskipun itu tidak seburuk merokok tembakau, masih saja memberi efekmerbahaya. Minum terlalu banyak alkohol dapat mempengaruhi kesuburan dan dapat menurunkan kuantiti dan kualitisperma.
4. OLAHRAGA MELAMPAU
Latihan olahragadapat menjaga jantung sihat dan juga boleh membuat tubuh lebih aktif, tetapi ada hal lain yang muncul jika tubuh terlalu berolahraga. Sekitarkelamin harus selalu terpelihara, sejuk dan kering. Bila anda menjalani latihan olahraga, sekitarkelamin boleh menjadi panas dan ini dapat menurunkan jumlah sperma, kerana skrotummemerlukan suhu optimal untuk menghasilkan sperma.
5. KEKURANGAN VITAMIN C
Kekurangan vitamin C dalam makanan seharian adalah penyebab utama kemandulan. Anda harus memastikan makanan yang anda makan kaya vitamin C, seperti jeruk dan buah lainnya yang kaya denganantioksidan. Sperma terikat untuk tetap bersatu jika tubuh kekurangan vitamin C dan ini akan menurunkan potensi seksual (kesuburan).
6. MEROKOK
Ini adalah fakta yang di ketahui bahawa merokok dapat menyebabkan banyak gangguan kesihatan mulai dari berbagai jenis kanser hingga impotensi. Merokok dapat menumbuhkanplak di arteri dan plak tersebut akan menghalang aliran darah ke penis. Merokok juga dapat mempengaruhi kualiti dan keaktifan sperma.
7. GIZI RENDAH
Hampir semua proses dalam tubuh saling berhubungan dan anda harus memastikan mengikuti diet standart sehingga tidak ada masalah dengan gizi buruk. Anda harus menyertakan makanan yang kaya vitamin dan zat. Kekurangan mineral-mineral tersebut dapat menurunkan kualiti dan kuantiti sperma.
8. LINGKUNGAN BERBAHAYA
Anda harus mencuba dan tinggal jauh dari kawasan yang berisiko terdedah dengan bahaya kimia, logam berat dan pelarut organik untuk menghindari segala bentuk keracunan berat, yang bolehmenyebabkan sperma lemah. Segala bentuk radiasi kimia juga dapat menyebabkan kerosakan pada sistem reproduksi dan dengan cara ini juga mempengaruhi sperma.
9. SELUAR KETAT DAN PANAS
Ini adalah sesuatu yang tidak banyak di sedari lelaki. Memakai seluarketat yang mungkin menghadapi masalah dengan produksi sperma. Hal ini kerana seluarketat membuat sekitarkelamin panas dan ini mempengaruhi produksi sperma. Mandi air panas dan Jacuzzi juga dapat menyebabkan masalah seperti itu, maka anda harus menjaga kerandutdan memakai pakaian yang longgar.
10. ANTIBIOTIK
Antibiotik yang di ambil untuk melawan infeksi dapat menurunkan kualiti sperma dan dapat mengurangi jumla hsperma juga. Anda harus selalu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengunakan antibiotik, sehingga tidak mengganggu rancangan anda memiliki anak.
Sumber: kiambangmerah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Amalkan 10 Jenis Buah-Buahan Ini Kalau Nak Badan Berotot Lebih Cepat & Mantap!
Isi Kandungan
ToggleSetiap lelaki yang melakukan workout pasti mengimpikan badan berotot dan mantap. Jangan ingat dengan workout sahaja anda boleh miliki badan berotot seperti yang diidamkan kerana tanpa pemakanan yang sesuai, hasrat anda itu tidak akan tercapai.
Oleh itu seiringkan latihan workout anda dengan pengambilan buah-buahan secara konsisten. Ini kerana buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang boleh mempercepatkan lagi pembetukan otot badan anda. Barulah otot badan terbentuk dengan cantik dan mantap.
Berikut merupakan antara 10 jenis buah-buahan yang perlu anda amalkan seiring dengan latihan workout yang anda telah lakukan. Semoga dengan pengambilan buah-buahan ini impian miliki badan otot tercapai.
BACA: 10 Sebab Kenapa Betik Menjadi Buah Kegemaran Lelaki Handsome & Sihat!
1. Kurma
Kurma sememangnya kaya dengan protein. Memandangkan ia tidak mengandungi lemak, maka buah kurma sangat sesuai dimakan bagi anda yang ingin membentuk otot.
2. Jambu
Buah yang memiliki kandungan air yang banyak ini kaya dengan protein. Sama seperti kurma, buah jambu juga tidak mempunyai banyak lemak, selain memiliki zat pembersihan yang hebat. Sesuai dimakan setelah anda melakukan latihan membentuk otot.
3. Kiwi
Beberapa pakar dunia fitnes mengatakan, kiwi kaya dengan kandungan vitamin C yang dapat membakar lemak lebih banyak sekali gus mengubahnya menjadi otot. Jadi pastikan anda masukkan buah kiwi dalam menu anda setiap hari.
4. Plum
Plum dapat meningkatkan stamina pada tubuh dan menyihatkan peningkatan gula dalam darah. Buah ini memiliki banyak serat. Paling penting, ia dapat membantu proses pembentukan otot di dalam tubuh.
BACA: 10 Cara Buat Air Detoks Buah-buahan Untuk Pecah Lemak, Buang Toksin & Awet Muda!
5. Pisang
Pisang terkenal sebagai buah yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Ia mengandungi enzim penting dikenali sebagai Bromelain yang berfungsi untuk meningkatkan kadar testosteron. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pertumbuhan otot dan membentuk otot tubuh dengan baik. Jadi tidak hairanlah kita lihat ramai atlet mengamalkan pemakanan pisang ketika berolahraga.
6. Avocado
Buah avocado merupakan buah-buahan yang memiliki kandungan lemak sihat. Sememangnya buah ini sangat jarang diambil sedangkan ia membantu membentuk otot tubuh.
7. Beri Biru
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan. Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
8. Epal Merah
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas. Daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia akan dibuang terus dari sistem. Pectin, salah satu bentuk fiber yang ada di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
BACA: Wanita Ini Ajar Resipi Kurus Cara Mudah Dengan Buah Epal & Mentega Kacang
9. Buah Pir
Buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik, kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2. Memakan buah pir dapat memberi anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.
10. Strawberi
Buah strawberi memiliki lebih daripada satu sumber antioksidan, selain mempunyai khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol. Kajian membuktikan pengambilan strawberi boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berdepan Masalah Tekanan Darah Tinggi Pada Usia Muda, Lelaki Ini Tekad Turunkan Berat Badan
Dugaan berdepan dengan masalah berat badan berlebihan atau obesiti bukanlah satu perkara yang cukup ringan. Bagi mereka yang sedang atau pernah berdepan masalah ini pasti tahu kesukaran yang dialami.
Masalah berat badan juga cukup sinonim dengan penyakit kronik ‘tiga serangkai’ seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih menakutkan jika ia berlaku pada usia yang masih muda.
FIT JOURNEY Maskulin pada kali ini sempat menemu bual seorang lelaki berusia 25 tahun yang pernah berdepan masalah tersebut. Mohamad Fazrin Bin Ahmad Fauzi yang merupakan seorang penjawat awam dan penulis novel separuh masa berkongsi bagaimana dia pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan masalah berat badan dialaminya suatu ketika dahulu.
Ikuti temu bual bersama jejaka berasal dari Kedah ini untuk mengetahui pengalamannya berdepan cabaran tersebut.
Sebelum turunkan berat badan, bagaimana tabiat pemakanan anda?
Sebelum turunkan berat badan, tabiat pemakanan saya amatlah di luar kawalan. Saya seorang yang sukar mengatakan tidak jika dipelawa untuk makan. Selain itu, saiz hidangan makanan juga lebih untuk seorang makan.
Waktu makan saya juga tidak teratur. Sebelum ini juga ketika sedang aktif dalam dunia penulisan saya sering makan makanan berat pada waktu lewat malam. Ini kerana waktu menulis saya selalunya selepas jam 12 pagi sehingga ke Subuh.
Ketika alami masalah berat badan, apakah masalah kesihatan yang anda alami?
Masalah kesihatan yang saya alami sebelum ini adalah tekanan darah tinggi. Setiap kali ke klinik dapatkan rawatan, saya sering ditegur oleh doktor untuk kawal pemakanan dan kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergaram.
Kata doktor, saya masih terlalu muda untuk mendapatkan ubat bagi mengawal tekanan darah. Jadi, doktor menyarankan saya untuk berjaga-jaga dari awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. Selain masalah itu, kedua-dua belah kaki juga sering berasa kebas.
Bagaimanakah perasaan anda ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah berdepan tekanan perasaan, kurang keyakinan diri atau mudah putus asa?
Ya. Pada waktu itu, tekanan perasaan sememangnya ada. Saya sering fikir, “sampai bilalah aku nak besar macam ni?” Tetapi, ia lebih kepada kurang keyakinan diri. Saya susah dan malu untuk bergaul dengan orang ramai jika dalam kalangan mereka, hanya saya seorang sahaja yang berbadan besar.
Pada ketika itu, saya merasakan diri saya ‘introvert’. Saya banyak menghabiskan masa di rumah dan hanya akan keluar pada waktu malam untuk mengelakkan dipandang orang ramai.
Pernahkah anda jadi mangsa buli atau diejek disebabkan penampilan ketika itu?
Jadi mangsa ejekan? Paling kerap sejak dari bangku sekolah lagi. Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang gemar bersukan walaupun berbadan besar. Namun, sukan yang saya pilih merupakan sukan yang tidak perlu banyak bergerak.
Saya pernah terpilih untuk mewakili pasukan sekolah untuk sukan bola tampar disebabkan ketinggian saya. Namun, disebabkan tidak tahan dengan ejekan, saya buat keputusan untuk menarik diri. Selain itu, Ketika ingin menumpang kenderaan milik rakan, saya sering dipersalahkan jika kereta terasa berat untuk memecut. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Perkara yang membuatkan saya ingin berubah dan turunkan berat badan adalah dari segi pemakaian. Saya merupakan seorang yang gemar berfesyen dan memperagakan pakaian ‘OOTD’. Impian saya ketika itu juga adalah ingin menjadi seorang ikon fesyen dan peragawan untuk pereka yang menghasilkan karya HYPEBEAST. Namun, disebabkan kebanyakan peragawan di Malaysia bertubuh ‘fit’. Jadi, saya terpaksa lupakan hasrat saya itu.
Selain itu, pengaruh orang sekeliling juga memainkan peranan penting untuk saya berubah. Untuk pengetahuan anda, saya bekerja dengan angkatan tentera. Saya selalu rasa sedikit kurang keyakinan jika ingin bersemuka dengan mereka yang kebanyakannya bertubuh normal dan ‘fit’.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Perkara pertama yang saya lakukan adalah dengan mencuba diet Atkins. Saya ada membuat carian di internet untuk diet yang paling berkesan. Walaupun berisiko tinggi serta tidak bagus untuk kesihatan, saya tetap bertekad untuk cuba. Dalam masa selama sebulan lebih saya berjaya hilangkan 30 kilogram. Kebetulan masa itu bulan puasa, jadi saya hanya bersahur bubur oat, susu kurma dan dua gelas air kosong.
Untuk berbuka pula saya sekadar minum air yang kurang manis dan beberapa keping kuih-muih. Selain daripada itu, saya juga langsung tidak ambil nasi dan hanya makan lauk-pauk tanpa kuah serta sayur-sayuran yang direbus.
Alhamdulillah berjaya walaupun dengan menjaga pemakanan. Namun, langit tidak selalunya cerah. Beberapa kali juga saya gagal hingga satu tahap saya dah putus asa dengan diet Atkins. Sekali saya ambil nasi, berat badan saya akan naik semula dengan mendadak.
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Perkara paling sukar dalam usaha untuk turunkan berat badan adalah mentaliti dan pemahaman salah orang sekeliling. Bagi mereka, untuk diet saya perlu menjaga pemakanan setiap hari.
Kena makan ayam, ikan, sayur rebus serta kukus. Tanpa perasa dan minyak. Saya tak nafikan dan saya terima teguran mereka dengan hati terbuka. Namun, sebelum tegur pastikan mereka benar-benar arif tentang ilmu diet dahulu. Pernah sekali saya terasa hati hingga saya langsung tidak makan pada waktu itu. Sudahnya, saya diserang gastrik.
Boleh kongsi apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Rahsia sebenar saya berjaya menurunkan berat badan tidaklah gah seperti orang lain. Tetapi, sekadar kata-kata motivasi. Apa yang saya amalkan sehingga sekarang adalah dengan kata-kata, “Makan Ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”.
Kenapa kena berhenti sebelum kenyang? Sebab, kalau terlalu kenyang saya akan jadi seorang yang sangat malas untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian. Saya juga selalu berpegang kepada kata-kata, “Kita adalah apa yang kita makan”. Jadi, kalau kita makan dengan kuantiti yang lebih, maka berat badan kita juga akan turut berlebihan.
Jika rasa nak putus asa, apa yang membangkitkan semula semangat anda?
Jika rasa nak putus asa, saya akan cari semula gambar Ketika saya berbadan besar dan bandingkan dengan gambar ketika saya berjaya turunkan berat badan. Saya juga akan sarung semula baju saya ketika saya berjaya turunkan berat badan. Jika rasa sedikit tidak selesa dengan perubahan tubuh, itu bermakna saya perlu tingkatkan lagi usaha untuk menurunkan berat badan.
Boleh kongsi rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Rutin pemakanan saya kini hanyalah sekadar makan berat sekali sehari (lengkap karbohidrat, protein dan sayur-sayuran hijau yang mengandungi fiber). Pada waktu malam pula, saya cuma bancuh minuman ‘meal replacement’ yang rendah kalori, mempunyai zat dan nutrien untuk tubuh serta dapat mengenyangkan.
Dari segi senaman senaman pula, saya hanya lakukannya di rumah disebabkan kekangan masa. Saya akan habiskan masa selama dua jam, selalunya selepas pulang dari kerja. Ia bermula dengan berlari setempat untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Kemudian, saya akan melakukan senaman tabata 50×3 set. Akhir sekali, saya akan lakukan aktiviti senaman ‘strength training’ untuk membina otot menggunakan dumbbell dan resistance bands.
Tip buat mereka yang ingin turunkan berat badan dan berjaya seperti anda?
Pemakanan merupakan faktor paling utama. Yang kedua, senaman. Kalau anda rasa tidak mampu untuk terus menjaga pemakanan dengan ketat. Mulakan dengan kawal portion. Jika sebelum ini anda makan dua pinggan nasi, boleh tukar kepada sepinggan sahaja. Kalau sudah Berjaya makan sepinggan nasi, boleh tukar kepada separuh, kemudian suku.
Lauk pula, pastikan kuah jangan ‘banjir’ dan sayur pula lebihkan sayuran hijau yang tinggi fiber. Bab senaman, boleh mulakan dengan brisk walk di taman. Kemudian, boleh pelbagaikan lagi senaman dengan menyertai aktiviti senamrobik/Zumba. Bila dah konsisten, barulah anda boleh tingkatkan level senaman anda. Banyakkan buat carian di internet. InsyaAllah, saya doakan anda semua Berjaya! Keep it up.
Terima kasih kepada Mohamad Fazrin kerana sudi berkongsi pengalaman serta tip yang MASKULIN yakin boleh memberikan banyak manfaat kepada anda pembaca kami. Semoga terus berusaha untuk kita sama-sama mendapatkan kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental yang terbaik!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI