Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang. Ia mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus).
Sakit lutut boleh terjadi kepada semua peringkat umur, bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.
Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan faktor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan.
Antara simptom-simptom pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.
Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti perbanyakan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin C.
Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya osteoarthritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat.
Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.
Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejaskan sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).
Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA, atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.
Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. Genetik yang ada pada ibu bapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.
Namun, daripada Lima adikberadik besar kemungkinan hanya dua orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama.
Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius, Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.
Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.
Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.
Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan faktor utama sakit sendi ini terjadi. Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana tekanan berterusan kepada sendi.
Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, senaman yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.
Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.
Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. Ini kerana mereka tidak memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan.
Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Sumber: azzahracare