Gaya Hidup

5 Sebab Mengapa Lelaki Sukar Lupakan Cinta Pertama

Share

Sebut tentang cinta pertama anda sebagai lelaki biasanya kurang senang untuk membicarakannya. Sebaiknya anda mahu benda yang lepas itu tertanam sedalam-dalamnya dalam memori yang tak ingin ‘digali’ semula.

Apatah lagi memori itu adalah satu perkara yang membuatkan anda terluka. Dalam kes ini anda yang ditinggalkan oleh cinta pertama.

Namun dalam hidup ini setiap apa yang berlaku pasti ada yang pertama. Dan menariknya, kejadian yang melibatkan emosi terutamanya memberi kesan yang cukup mendalam kepada semua orang terutamanya lelaki.

Disebabkan itulah cinta pertama akan kita kenang sampai bila-bila. Bila memikirkannya pelbagai perasaan atau emosi bercampur-baur akan kita alami.

Japi mengapakah lelaki sukar lupakan cinta pertama?

1. IMPAK KUAT

Anda masih ingat bila jatuh cinta buat kali pertama? Tiba-tiba anda tidak tahu bagaimana nak beri reaksi dan entah mengapa perasaan itu membuak-buak sekali. Anda tak faham mengapa ia berlaku tapi dalam masa yang sama cukup menghayatinya.

BACA: Hubungan Retak & Berakhir Tapi Lelaki Tak Boleh Move On, Betul Ke?

2. PATAH HATI TERUK

Satu-satunya perkara yang dapat menyamai impak jatuh cinta ialah ketika korang patah hati. Segalanya bagi korang cukup malap dan membuatkan diri tak bermaya. Anda bingung dan tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rasa sedih dan terkilan. Dan inilah perasaan yang selamanya akan anda ingat.

3. CINTA JUJUR

Seumur hidup anda tak pernah bercinta dan tiba-tiba ada seseorang yang sangat ambil berat. Apa yang lahir dari diri korang dan si dia cukup jujur dan naif. Masing-masing cuba kenal hati budi dengan cara yang tak pernah dilakukan oleh anda berdua selama ini.

4. BERAKHIR SEBAB SITUASI

Lebih memeritkan serta memberi impak buat anda jika putus cinta disebabkan oleh situasi atau keadaan. Ada sesetengah kes berlaku kerana kedua-duanya terpisah kerana melanjutkan pelajaran. Berdepan dengan situasi cinta jarak jauh memang menyukarkan dan kebanyakannya akan terputus di tengah jalan. Ada juga terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai hala tuju hidup yang cukup jauh berbeza.

5. BERLAKU HANYA SEKALI

Dialah yang pertama dan tak mungkin ada yang lain. Itulah sebab utama mengapa cinta pertama sukar untuk kita lupakan. Ia mengajar kita bagaimana erti patah hati, mencintai seseorang dan juga merasai pengalaman yang hanya muncul sekali seumur hidup.

Published by
Farizul Izwany