Image by jcomp on Freepik

Kalau sudah ada tarikan antara satu sama lain, siapalah kita untuk menghalangnya. Berbicara tentang hubungan antara kaum anak Adam dan Hawa ini sememangnya cukup kompleks.

Malah untuk dibicarakan sepanjang hari pun mungkin tiada kesudahannya. Bagi wanita secara di atas permukaannya mereka meletakkan beberapa ciri-ciri yang cukup penting.

Salah satu karakter penting bagi wanita pada zaman moden ini ialah berfikiran terbukan atau  ‘open minded’.

Ads

Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki berfikiran terbuka yang sentiasa di dambakan seorang wanita.

MUDAH BAWA BERBINCANG 

Anda seorang yang sentiasa peka dengan isu terkini. Jika sedang berbincang serta bertukar pendapat, anda tidak menolak pandangan orang lain walaupun berbeza pendapat. Sokong lagi adalah.

TAK MUDAH MENGHUKUM 

Walau apapun yang sampai ke telinga anda tentang seseorang, anda tidak mudah menerima bulat-bulat. Periksa dahulu maklumat tersebut atau bersemuka adalah jalan terbaik yang sentiasa anda ambil.

Ads
5 Sebab Mengapa Lelaki ‘Open Minded’ Cukup Popular Di Kalangan Wanita
Image by master1305 on Freepik

SIASAT TERLEBIH DAHULU

Jika timbul sesuatu isu, lelaki yang berfikiran terbuka tidak sesekali mudah menuding jari. Dia akan menyiasat terlebih dahulu serta mengkaji dari segenap sudut sebelum membuat keputusan.

TERIMA KEKURANGAN & KELEBIHAN 

Lelaki optimis seorang yang menghormati keterbatasan orang lain. Kerana sebagai manusia, kita punyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, pasti kita mempunyai kelebihan masing-masing.

Ads
5 Sebab Mengapa Lelaki ‘Open Minded’ Cukup Popular Di Kalangan Wanita
Image by prostooleh on Freepik

LEBIH PEKA & SENSITIF

Sifat ini adalah bonus, ini kerana dia sudah temui kelebihan yang ada dalam dirinya dan tahu bagaimana nak mengembangkannya menjadi sesuatu yang menguntungkan.

Melihatkan 5 perkara di atas adakah anda boleh takrifkan diri sendiri sebagai seorang lelaki yang ‘open minded’? Jika ya, tahniah. Anda merupakan lelaki dambaan wanita!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI