5 Sebab Mengapa Insurans Perjalanan Itu Sangat Penting Ketika Ke Luar Negara

717

Melancong dan mengembara sememangnya impian buat semua orang terutamanya golongan lelaki. Apatah lagi ia boleh memberikan satu dimensi pengalaman unik tersendiri.

Malah ramai lelaki memilih untuk mengembara seorang diri sepuas yang mungkin sebelum mereka settle down dan berkahwin.

Namun pernahkah anda terfikir sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi sukar seperti kehilangan bagasi ataupun mengalami apa-apa jenis kemalangan yang melibatkan keselamatan diri ketika berada di luar negara?

Menurut laporan terdapat masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil kisah atau tidak tahu langsung tentang kepentingan travel insurance atau insurans perjalanan.

Masih ramai anggap bahawa insurans perjalanan hanyalah perkara remeh dan tak perlu dirisaukan.

BACA: 10 Tip Mengembara & Melancong Secara Solo Ke Luar Negara Dengan Selamat

Sebenarnya ia sangat penting kerana bertindak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara tak diingini. Selain mampu membantu daripada segi kewangan ia juga melancarkan program serta perjalanan.

BERIKUT MERUPAKAN 5 FAKTA TENTANG INSURANS PERJALANAN YANG PERLU ANDA TAHU:

POLISI BERMULA

Perlindungan polisi bermula pada hari kamu membelinya. Pembatalan perjalanan juga dilindungi oleh insurans. Contohnya kamu ada hal kecemasan dan terpaksa batalkan perjalanan pada hari sepatutnya mula pergi bercuti. Kamu sebenarnya layak membuat tuntutan.

TERLEPAS PENERBANGAN

Ini merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti. Jika terjadi kerana kesilapan sendiri jangan bermimpi nak buat tuntutan. Akan tetapi jika berlaku disebabkan isu mekanikal, lebihan tempahan atau penyelenggaraan pesawat, kamu boleh membuat tuntutan.

BAGASI HILANG

Andai sekiranya berdepan dengan kehilangan bagasi atau dicuri, ketahuilah bahawa ia dilindungi oleh insurans perjalanan. Namun jika hilang disebabkan sikap cuai sendiri tuntutan itu akan ditolak.

BENCANA ALAM

Ingat, sebaik sahaja membeli tiket penerbangan maka terus sahaja membeli insurans perjalanan. Ini kerana jika berlaku pembatalan penerbangan disebabkan bencanan alam anda boleh buat tuntutan. Jika berita bencana itu sudah tersebar meluas menerusi media lalu baru kamu tergadah nak beli insurans, maka ia tiada gunanya kerana sebarang tuntutan selepas itu akan ditolak.

AKTIVITI LASAK

Ada juga sesetengah kamu yang merupakan adrenalie junkie suka melakukan aktiviti lasak ketika melancong ke luar negara. Sebelum beli insurans perjalanan sebaiknya periksalah dahulu polisi yang ditawarkan sama ada ia beri perlindungan untuk aktiviti ekstrem atau tidak. Ini kerana tidak semua polisi insurans memberi perlindungan sebegini.