Bukan sombong atau mahu tunjuk hebat tetapi sifat ego yang wujud dalam diri lelaki itu adalah identiti jantina yang tak harus dipertikaikan.
Walaupun sifat ego ini ada waktunya kelihatan sangat menyusahkan atau menimbulkan rasa kurang senang, percayalah ada kebaikan di dalamnya.
Ego yang wujud dalam diri lelaki adalah lambang survival. Jika tidak, anda mungkin bertemu dengan lelaki yang lembik dan tidak tahu ke mana hala tujunya.
Ego membuatkan si lelaki mampu fokus dalam memburu cita-citanya untuk menjadi seseorang yang berjaya dan mencapai kepuasan diri.
Ego yang ada mampu menjadi pelindung kepada mereka yang lemah kerana jika tiada lelaki yang tampil berdiri, siapa lagi yang akan sudi menyelamat?
Tegas dan tetap pendirian wujud menerusi sifat ego dalam diri lelaki. Melaluinya juga, orang sekeliling usah risau kerana segala kerja pasti dapat disempurnakan.
Tidak mudah mempercayai seseorang yang gemar menipu menjadikan sang lelaki lebih berhati-hati. Semuanya dapat dikesan menerusi sifat ego secara semulajadi.