Sebut sahaja tentang ‘dad bod’ mungkin ramai yang terus bayangkan seorang lelaki yang berusia 30-an atau pertengahan umur yang badannya sudah sedikit boroi.
Senario seperti ini sudah menjadi satu perkara normal terutamanya di kalangan lelaki yang sudah berkahwin dan memiliki anak kecil.
MASKULIN yakin ramai di antara anda di luar sana yang mungkin boleh ‘relate’ dengan perkara ini. Iyalah usia makin meningkat badan pun mula naik. Hati pun sudah lebih bahagia.
Tapi apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘dad bod’?
Secara kasarnya, ia membawa maksud jenis bentuk badan lelaki yang disifatkan ‘lebih bulat’ atau dalam bahasa pasarnya, boroi. Teori ‘dad bod’ ini muncul selepas seorang lelaki sudah ‘sttle down’ dengan pasangan dan memiliki anak. Lalu masalah untuk jaga berat badan bukan lagi perkara utama baginya.
Dari faktor kesihatan mungkin ia tidak baik jika berat badan dengan BMI yang berlebihan. Namun jika hanya setakat bertambah isipadu di bahagian perut ia tidaklah menjadi masalah.
Kali ini MASKULIN ingink kongsikan sedikit sudut positif buat lelaki yang memepunyai bendtuk badan seperti ini.
Tak perlu risau dengan kemampuan diri. Memiliki ‘dad bod’ tidak bermakna anda lemah atau tidak sihat. Anda masih mempuyai kekuatan dan kehebatan seperti dulu. Malah mungkin lebih hebat lagi.
Berdepan dengan pelbagai tugas di pejabat, di rumah dan sebagai bapa mampu menjadikan anda seorang yang sangat aktif bergerak. Lebih seronok lagi anda juga boleh saja melakukan senaman ringan seperti biasa. Boroi sedikit tak mengapa janji tidak mencapai tahap obese.
Seorang lelaki ‘dad bod’ sangat pentingkan keluarganya. Mungkin sebelum kahwin atau memiliki anak dia lebih mementingkan untuk jaga diri sendiri sahaja. Namun dengan tanggungjawab besar yang datang anda akan lebih pentingkan kebajikan dan kebahagiaan mereka.
Buat anda yang memiliki ‘dad bod’ usahlah risau dan gusar. Pertama sekali anda masih boleh mendapatkan kualiti kesihatan yang baik walaupun sedikit boroi. Paling penting cuba kurangkan makanan segera, banyak gula dan juga berminyak.
Tapi dalam masa yang sama usahlah terlalu tegas dan jumud dalam mengawal diet. Sekali-sekala apa salahnya belanja anak dan isteri makan piza atau burger.
Ini perkara yang ramai sebenarnya lelaki tak tahu. Ya, anda yang memiliki ‘dad bod’ cukup seksi di mata kebanyakan wanita. Mungkin anda bertanya kenapa?
Lelaki ‘dad bod’ dikatakan memiliki ciri-ciri lelaki yang menarik dan seksi. Lebih-lebih ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang suami dan ayah.
Artikel Berkaitan: Jumping Jack Mampu Kuatkan Jantung & Otot Anda!
Pendek kata lelaki ‘dad bod’ merupakan satu perkara normal dan realistik. Tidak semua orang mampu mengekalkan bentuk badan ‘sado’ sampai ke usia lanjut. Dan tidak semua orang boleh hadap dengan diet yang sangat ketat.
Apa yang penting janganlah sampai berat badan terlalu berlebihan hingga anda tergolong dalam mereka yang obese. Jika sudah sampai tahap itu maka perlulah perubahan yang drastik.
Ingat ya, ‘dad bod’ is awesome!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.