Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Rumahtangga mana yang tak dilanda ombak? Tapi pelik juga kalau asyik bergaduh. Para suami akan merasa pelik jika si isteri marah-marah tak kena tempat. Ada beberapa faktor mengapa mereka sering melenting, tambahan bila ketika anda berada di rumah.
Bukan semua lelaki curang, mungkin ada antara anda seorang Gamer, Ulat Buku atau Kaki Joran. Ini akan mengakibatkan pasangan anda rasa terabai. Sesekali jadi telinga mereka, dengar luahan hati mereka. Berbualan atas katil sangat membantu.
Ini juga antara perkara yang menyebabkan isteri melenting. Tambahan apabila isteri anda seorang Suri Rumah. Sudahlah dari pagi sampai petang dia ditinggalkan bersama anak-anak, hujung minggu anda juga hilang entah kemana. Jika program anda tidak dapat dielakkan, berusahalah untuk membawa keluarga anda bersama. Dah kahwin ni, banyak perkara kena tolak tepi. Kalau rasa tak boleh bawak famili, cancel program tersebut.
Kami faham tujuan anda menyekat kebebasan isteri, namun rajinkah anda melayan emosi mereka? Jika anda seorang yang sibuk, izinkan isteri anda beriadah. Contohnya, lepaskan mereka keluar ke taman bersama anak-anak anda, boleh dia berkenalan dengan ramai orang. Sekurang-kurangnya dia punya topik berbualan dengan anda pada waktu malam. Jika anda takut sangat isteri anda jadi ‘mak cik bawang’, bawak dia ke ceramah-ceramah agama berdekatan. Isi dada mereka dengan ilmu agama, barulah kurang marah-marah.
Kerana itu dinasihatkan agar anda rancang keluarga anda. Anak anda ramai, anda pula sibuk bekerja, ini akan menambahkan lagi stress isteri anda. Dikemudian hari, anda juga akan bosan dengan isteri anda kerana mereka tidak betah melayan anda seperti dulu.
5) Isteri anda juga berkerjaya
Ekonomi hari ini bukanlah semudah yang disangka, kadang-kadang suami isteri harus berganding tenaga untuk menyara keluarga. Jika tanggungjawab anda mencari nafkah buat isteri dan anak-anak, tugas isteri anda pula memastikan makan dan pakai suami dan anak-anak terjaga. Kerja anda mungkin sudah tamat pada jam 5.30 petang, sebaliknya buat para isteri. Ringankan beban mereka dengan membantu mereka di dapur, menyediakan makan malam. Ataupun sekali-sekala ajak dinner
di luar. Barulah isteri anda tak mengamuk tiap-tiap hari.