Dalam kesibukan dunia hari ini, orang ramai sentiasa mencari penyelesaian terbaik demi mencapai kesejahteraan dan keseimbangan dalam hidup. Minyak pati, yang boleh diibaratkan sebagai khazanah alam paling berharga, telah digunakan selama berkurun-kurun lamanya kerana kelebihannya yang membawa manfaat kepada kehidupan manusia. Malah, ia masih digunakan sehingga hari ini untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal.
Apakah Minyak Pati dan Bagaimana ia Berfungsi?
Minyak pati pada asasnya ialah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada satu spesies tumbuhan. Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati; dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan. Minyak pati sebenarnya tidak rasa berminyak; ia dipanggil ‘minyak’ kerana mengandungi sebatian larut minyak dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri aroma dan manfaat tersendiri minyak pati.
Penggunaan minyak pati telah membawa manfaat kepada kehidupan insan selama beribu-ribu tahun, menawarkan pelbagai kegunaan daripada kecantikan kepada kesihatan fizikal dan juga kesejahteraan emosi. Pilihan minyak pati bergantung khususnya pada tujuan atau keperluan individu.
Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi yang dicipta berasaskan kesan yang diingini. Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama. Amalan aplikasi umum termasuk:
Aplikasi aroma – Minyak pati boleh disedut, dengan kesan positif yang nyata terhadap ‘mood’, emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma. Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.
Aplikasi topikal – Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat. Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan agar sesetengah minyak pati dicairkan dahulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.
Young Living untuk Segenap Aspek Kehidupan
Ads
Berpegang teguh kepada komitmen untuk memperkasakan individu bagi mencapai kesejahteraan sepanjang hayat, Young Living dihasilkan menggunakan minyak pati yang tulen dan sah. Walau apa pun usia, pekerjaan atau kediaman anda, setiap orang boleh mendapat manfaat minyak pati dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Untuk Mengharumkan Kediaman – Rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabat-handai. Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati HarmonyTM atau JoyTM untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.
Untuk suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur, Lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan merupakan teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam. Sementara itu, Cedarwood menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.
Untuk Menyegarkan dan Menulenkan – Buah lemon sememangnya berguna dan bermanfaat – lebih-lebih lagi untuk beberapa fungsi yang sangat diperlukan! Minyak pati Lemon terdiri daripada 68 peratus d-limonene, sejenis antioksidan kuat, dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen – untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air. PurificationTM memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk.
Ads
Adunan unik Thieves® daripada Young Living ialah kombinasi aroma khas bunga cengkih, rosemary, lemon dan bahan botani lain. Rangkaian produk ini menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria.
Untuk Belajar dan Bekerja – Sumber kehebatan seseorang boleh dibahagikan kepada satu peratus inspirasi dan 99 peratus kerja keras – dan inspirasi mungkin datang daripada udara yang kita hirup! Bagi pelajar di sekolah atau seorang CEO yang sibuk bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat lain, sudah tentu ada masanya mereka perlu dorongan tambahan untuk menyempurnakan tugasan. Gunakan resapan atau sapuan topikal Peppermint – aroma kuat, ketara dan berpudina yang boleh meningkatkan daya tumpuan selain menyamankan udara keliling. Sebagai dorongan tambahan, Brain PowerTM merupakan adunan antara Royal Hawaiian Sandalwood, Blue Cypress dan Frankincense untuk membantu mempertajamkan pemikiran dan meningkatkan tumpuan menerusi kelebihan aroma.
Untuk Kecantikan Yang Berseri – Formula penjagaan kulit mungkin berkembang maju seiring masa dan teknologi, tetapi rahsia kecantikan turun-temurun masih kekal sehingga kini: iaitu kekal bertenang dan gunakan pelembap! Kayu Royal Hawaiian Sandalwood amat dicari-cari dalam bidang penjagaan kulit kerana ciri lembapan dan manfaat keseluruhan bagi kulit yang sihat dan berseri. Frankincense, yang dikenali sebagai raja minyak pati dengan pelbagai kegunaan dan manfaat, adalah sangat berharga sebagai penyegar mujarab untuk melindungi dan menyegarkan semula kulit, selain mengurangkan penuaan secara semula jadi. Geranium memberikan aroma yang menenangkan dan menaikkan semangat, dan menambah sentuhan kemewahan kepada rutin kecantikan.
Ads
Bagi Yang Aktif Bersukan – Teman sejati badan selepas bersenam ialah Peppermint yang serba dingin, yang turut menghasilkan aroma pudina kuat untuk merangsang deria. Aroma SiezTM, sejenis adunan penting antara minyak asas Lavender and Pudina, membuai perasaan yang memberikan ketenangan jiwa dan raga terutamanya apabila digunakan dalam Teknik Titisan Hujan (Raindrop Technique) eksklusif Young Living. Sementara itu, bagi ahli sukan lelaki dan wanita yang mahukan kesan pemanasan melegakan yang jauh ke dalam otot, PanAway® membawakan kehangatan yang menyenangkan dan membantu melegakan kulit dengan ramuan penting seperti Gaulteria and Cengkih.
Seed to Seal® – Piawaian Berlian Young Living demi Komitmen kepada Kualiti
Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di peringkat global, Young Living menetapkan Piawaian Berlian sebagai komitmen terhadap kecemerlangan kualiti dalam segenap aspek perniagaan menjangkaui botol minyak keluarannya. Komitmen ini turut merangkumi piawaian perkhidmatan, pengalaman ahli dan kualiti produk.
Proses Seed to Seal® mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi Young Living terhadap kualiti produk minyak pati yang tiada tandingan. Proses ini berlandaskan tiga teras:
Pemerolehan, teras yang mengawal selia sumber produk Young Living, termasuk ladang berlesen, pembekal bertauliah dan pengilang berkelayakan dan juga penjejakan dan penentusahan kualiti produk berasaskan piawaian dalaman dan amalan terbaik industri;
Sains, teras yang menetapkan piawaian ujian dalaman dan pihak ketiga yang menyeluruh untuk menjamin ketulenan, kemujaraban dan keaslian minyak pati dan produknya, disokong oleh penyelidikan dan pembangunan berterusan; dan
Piawaian, teras yang menyokong agenda kelestarian Young Living untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, membawa manfaat kepada masyarakat, berganding bahu demi alam sekitar dan bekerja menurut garis panduan antarabangsa untuk mendapatkan bekalan bahan yang lestari.
Selama lebih 20 tahun, Young Living telah menetapkan piawaian industri bagi ketulenan dan kemujaraban minyak pati, dengan memberi tumpuan pada keperluan paling penting bagi menghasilkan minyak pati asli. Janji kualiti Young Living adalah berasaskan Seed to Seal®, proses hak milik yang mengguna pakai kawalan kualiti dan pemantauan proses pemerolehan dan pengeluaran minyak pati secara rapi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bantal yang berpeta dan kekuningan pasti membuatkan tidur anda tidak selesa dan silap hari bulan tempat membiaknya hama. Waktu tidur adalah waktu yang paling berharga buat semua orang, mendapat tidur yang selesa adalah penting.
Jika anda perasan, setiap kali anda menukar sarung bantal, bantal anda tidal lagi kelihatan putih seperti dahulu, mungkin ada kesan kekuningan akibat kelembapan akibat peluh ketika anda tidur. Jangan dibuang bantal tersebut, ada cara dan petua yang boleh memutihkan semula bantal itu dan menyelamatkannya.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Hasilnya, bantal kekuningan tadi bertukar menjadi putih bersih!
Selamat mencuba.
Sumber: Ceritera.pw
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia?Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.
ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL
Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara Asia (Jepun). Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsu selepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini.
AMERICAN APPAREL
Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.
DUNKIN’ DONUTS’
Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mencipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.