5 Sebab Filem ‘Pengabdi Setan” Layak Diiktiraf Sebagai Filem Paling Seram 2017

Share

Bila terdengar jeritan orang di sebelah, kaki terangkat di atas kerusi, tangan penuh dengan pop corn menutupi wajah adalah di antara gelagat yang bakal akan anda lihat apabila menonton filem seram hebat Pengabdi Setan ini.

Maskulin berkesempatan menonton filem arahan Joko Anwar yang sememangnya boleh dikategorikan sebagai bingkisan paling seram 2017 untuk filem berbahasa Melayu. Memang tidak boleh lupa wajah seram watak ibu yang sedang sakit terlantar menanti maut itu, ditambah dengan suasana suram, gelap dan mood muzik benar-benar membawa penonton terheret ke dalam kancah ketakutan.

Filem Indonesia yang pernah ditayangkan pada 1980 disutradarai oleh Sisworo Gautama Putra ini sangat popular pada zaman itu. Kini ia dihasilkan semula dengan suntingan lebih segar dan moden oleh pengarah kreatifnya Joko Anwar.

Mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang dilanda musibah atas gangguan syaitan atas amalan khurafat yang diamalkan oleh sang ibu. Pelbagai masalah dan tragedi menyeramkan dilalui keluarga ini. Dihidupkan oleh watak-watak dinamik seperti Bront Palarae, Tara Basro,  Dimas Aditya dan ramai lagi.

 

TOP 5  KENAPA ANDA WAJIB TONTON FILEM PENGABDI SETAN!

1.Set penggambaran adalah di sebuah rumah lama yang ditinggalkan lebih 20 tahun.

Untuk mendapatkan mood yang sangat seram, pengarahnya juga mahukan suatu yang realistik, jadi sebuah rumah lama dipilih untuk menghidupkan jalan filem ini. Selain mood seram, kru produksi turut diganggu makhluk halus semasa sesi penggambaran di lakukan.

2.Bront Palarae kini semakin dikenali sebagai #pengabdibapak di kalangan peminat di Indonesia

Disebabkan filem ini menerima banyak anugerah di Festival Filem Indonesia, Nama Bront Palarae turut menjadi sebutan dan semakin mendapat tempat di hati penonton di sana.

3.Terdapat entiti seram REAL yang tidak disengajakan dirakam dan difilemkan.

Kalau anda sudah menonton filem ini nanti, anda akan perasan beberapa kelibat entiti seram yang turut termasuk dan terakam di dalam filem ini. Di antaranya scene hantu bangkit di kuburan, bila dikira semula oleh kru terlebih seorang di dalam filem. Memang la seram!

4.Wajah ibu terlantar sakit yang memang dah macam hantu!

Pelakon Ayu Laksmi yang memegang watak sebagai ibu yang mengamalkan ilmu hitam ini didandan dengan solekan yang sangat menyeramkan. Tidak perlu banyak patah kata, ekspresi sahaja sudah cukup buat penonton menutup mata!

5.Jangan mudah terpengaruh dengan ajaran yang salah, kembali kepada jalan yang benar

Menyedarkan  penonton agar tidak terlalu mengejar kesempurnaan hidup. Kita hidup pun hanya sementara, dekatkan diri kepada maha pencipta bukan selainnya.

MASKULIN SCORE :  4.3/5

 

 

 

 

 

 

Published by
Kim Rahim