Suatu ketika dahulu bole menyebut tentang permainan video atau gaming ramai beranggapan ia untuk kanak-kanak semata. Namun dengan perkembangan teknologi visual grafik serta peranti pintar yang cukup canggih pada masa kini ia telah berkembang menjadi sebuah industri yang cukup lumayan.
Peminat gaming kini bukan lagi terdiri daripada kanak-kanak atau remaja. Ia sudah merentasi usia tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Tahukah anda nilai industri gaming pada peringkat global kini melebihi pasaran filem Hollywood?
Begitulah pengaruh gaming yang kini sudah menjadi salah satu gaya hidup baharu masyarakat kini terutamanya di kalangan lelaki. Persepsi terhadap gaming juga dilihat semakin baik. Jika dahulu ia dianggap sebagai hobi melekakan, kini ia berkembang membentuk pelbagai komuniti yang tersendiri.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa sebab mengapa aktiviti gaming sebenarnya bagus untuk otak anda terutamanya bagi lelaki.
KEMAHIRAN SELESAIKAN MASALAH
Permainan video dari genre stratgi mampu mencabar minda anda untuk melaksanakan setiap misi. Kadang-kadamg ia hadir dalam bentuk teka-teki dan juga kaedah menyelesaikan masalah yang perlukan kesabaran, skil dan juga pengalaman. Game strategi yang berlaku dalam ‘real time’ pula lebih mencabar kerana menuntut anda mengasah skil kognitif lebih mantap.
MENGURANGKAN STRES
Saban hari anda mungkin terbeban dengan kerja dan segala tanggungjawab harian yang kadangkala memberi tekanan atau stres. Dengan meluangkan masa bersama gaming seorang lelaki mampu untuk ‘ghaib’ seketika dalam dunia maya.
Menerusi gaming, anda membenarkan otak untuk lebih relaks dan melarikan fokus buat seketika kepada permainan video tersebut. Ia juga telah terbukti boleh meningkatkan mood seorang lelaki. Jadi tidak hairanlah semakin ramai para isteri menjadikan konsol gaming terkini sebagai hadiah buat suami tersayang.
MEMPERLAHANKAN PENUAAN
Ini mungkin agak subjektif. Tapi maksud MASKULIN di sini bukan sekadar pada fizikal semata. Lelaki yang aktif meluangkan sedikit masa untuk gaming didapati mempunyai kondisi mental yang lebih baik dan muda. Permainan video dengan strategi menyelesaikan masalah kompleks mampu merangsang minda menjadi lebih tajam. Secara tak langsung ia bertindak sebagai satu senaman otak yang berkesan.
BANTU SKIL SOSIAL
Gaming pada masa kini bukanlah aktiviti yang bergerak secara solo. Dengan adanya platform secara online anda kini boleh melakukan aktiviti gaming bersama lebih ramai orang di seluruh dunia. Terdapat sesetengah gamer yang telah mengasah bakat mereka bercakap dalam bahasa asing kerana setiap hari berhubung dengan pelbagai pemain dari negara berbeza.
Skil sosial ini mampu merangsang otak untuk lebih berinteraksi dalam misi menyelesaikan masalah bersama-sama. Ia telah terbukti mampu mendekatkan hubungan pemain tidak mengira latar belakang.
TINGKATKAN KREATIVITI
Selain itu, gaming juga boleh membantu meningkatkan skil kreativiti anda. Sebagai contoh menerusi game terbaru, ‘Fashion Dream’ yang menawarkan pengembaraan fesyen dari Level Infinite. Game yang menggunakan platform mobil peranti menggunakan sistem operasi iOS dan Android ini menampilkan lebih 10,000 pilihan pakaian.
Ia menawarkan kepelbagaian gabungan yang cukup luar biasa. Pemain boleh menghasilkan penampilan dalam bentuk ethereal fairy, elegant royal mahu pun polis dalam uniform segak tersendiri. Manakala dalam pertandingan runaway, pemain boleh bersaing di antara satu sama lain untuk menjadi pemain fesyen terulung dalam industri. Lebih menarik dengan pelbagai opsyen fesyen ditawarkan ia hanya memakan saiz fail hanya 200M.
Kreativiti pemain juga boleh diuji dengan kepelbagai permainan dalamannya seperti memancing, minigames dan mengabadikan foto ketika sesi pertemuan gergasi atau gathering. ‘Fashion Dream’ turut menampilkan pertandingan fesyen bagi setiap pemain mempertontonkan hasil kreativiti masing-masing. Setiap pemain yang menyertai server baharu juga berpeluang memenangi 100 free draws.
Bagi pemain yang mencari perjalanan ubah suai untuk menjadi terkenal, Fashion Dream memberikan akses mudah bagi sesiapa yang ingin merealisasikan visi fesyen mereka di luar imaginasinya. Untuk maklumat lanjut, pastikan anda mengikuti laman web Fashion Dream rasmi, atau pada platform media sosial yang berkaitan Facebook, Instagram dan Twitter mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=Cs-onr-S5yI&t=6s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI