Memakan makanan yang salah bakal memberi kesan pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan. Jadi apa kamu benar yakin dengan apa yang kamu makan sebelum sesi bersenam?
Elak makan makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal senaman, ketahuilah badan akan mula melemah secara drastik semasa pertengahan senaman. Ia juga bakal mengundang pening-pening kepala.
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana, darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa sesi bersenam.
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ adalah satu mitos semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir Glycogen, iaitu sel dari Glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot mudah penat dan lemah.
Mengandungi kadar kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan lebih dari satu tin minuman tenaga ini bakal membuatkan pola tidur seseorang itu tidak sekata. Apabila tidur tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin senaman dan pemakanan dia juga bakal terganggu.
Tidak lah menjadi satu kesalahan untuk memakan telur mentah sebagai makanan pre-workout. Namun terdapat risiko untuk perut yang tidak tahan/lasak iaitu keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini mengundang Diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum melakukan senaman.