Di negara kita terdapat bermacan-macam jenis penunggang atau rider motosikal. Ada yang lebih selesa dengan motosikal kapcai, skuter, motosikal automatik, superbike dan bermacam jenis lagi.
Walau apa jua jenis motosikal yang anda bawa tapi ada satu perkara yang buat semua sama. Bila tiba masa motosikal harus diselenggara agar ia sentiasa berada dalam kondisi terbaik serta selamat untuk ditunggang.
Jangan pula anda menjadi rider yang selalu beranggapan asal motosikal boleh bergerak, itu sudah memadai. Kalau sentiasa dengan mentaliti begitu nampak gayanya motosikal anda memang tak lamanya nak tersadai akibat rosak. Dan apabila rosak kos untuk memperbaikinya juga akan menjadi sangat mahal.
Ramai yang leka dan buat-buat tak tahu akan kepentingan rutin servis secara berkala dan berjadual. Terdapat 5 jenis rutin servis yang sering dipandang remeh oleh penunggang motosikal.
SELANGGARA SISTEM BREK
Tanpa sistem brek yang baik dan sempurna anda boleh berdepan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawaa. Jadi anda harus sentiasa peka dengan kondisi brek. Antara komponen yang perlu diberi perhatian ialah brek dram, brek pad dan brek cakera kerana ada tempoh tertuntu untuk pastikan ia tidak haus.
Ads
Antara masalah brek dram kerap berlaku ialah ia mengeluarkan bunyi nyaring motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bila ke bengkel anda boleh minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
PELINCIR
Bila bercakap tentang motosikal semestinya ia lengkap dengan pelbagai komponen seperti hendal, tongkat, suspensi dan pelbagai bentuk skru serta nat. Kesemua komponen yang dilihat ringkas ini sebenarnya sangat penting. Anda boleh menjaganya dengan sentiasa meletakkan pelincir. Jika dibiar lama ia boleh berkarat dan sekaligus menyebabkan sukar dibuka serta boleh jadi reput.
Jangan sesekali anda biarkan rantai pacu menjadi terlalu longgar atau ketat. Antara yang kerap dibiarkan ialah rantai pacu yang longgar. Tahukah anda bahawa rantai pacu yang longgar boleh jejaskan prestasi motosikal. Jadi tak guna kalau motosikal cantik dan berkuasa besar tapi bab rantai pun tak boleh nak jaga.
Selain itu anda juga perlu memastikan rantai sentiasa diletakkan pelincir khas untuk rantai. Cuba elak guna minyak hitam terpakai atau pelincir lain yang bukan dikeluarkan untuk kegunaan rantai pacu.
Ads
MINYAK HITAM
Ini antara servis basic yang boleh dikatakan semua orang tahu. Menyelenggara minyak hitam bukan sekadar tuang dan tukar saja ya. Apatah lagi jika motosikal anda guna pelincir sintetik dengan tempoh penukaran lebih lama. Periksalah kondisi minyak hitam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda perhatikan sebarang tanda yang mungkin oleh memberi indikasi keadaan enjin.
JAGA TAYAR
Tanpa tayar yang sempurna perjalanan anda dari poin A ke poin B boleh mengakibatkan anda berdepan risiko tinggi kemalangan. Namun begitu masih ramai yang mengabaikan kepentingan penjagaan tayar. Untuk pastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik anda perlu pastikan tekanan tayar sentiasa berada pada tahap optimum.
Tayar yang tidak mempunyai angin mencukupi boleh menyebabkan motosikal sukar dikawal terutama apabila berada di kawasan selekoh. Pastikan anda periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pam angin di dalam tayar dengan tekanan yang ditetapkan. Tahap tekanan boleh dirujuk seperti biasa yang terdapat pada tayar.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda terutamanya yang memiliki motosikal. Selamat menunggang dengan selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Wah, memang gempak! Depan motosikal, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bahagian hadapan
Bahagian sisi
Bahagian belakang
Bahagian tayar
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Persatuan pengguna islam Malaysia ada mengeluarkan satu kenyataan di social medianya baru-baru ini berkenaan dengan urusan tarik kenderaan.
Bukan lelaki je perlu tahu malah perempuan juga patut mengetahui pekara ini. Jadi ini dia beberapa pekara yang mesti anda ketahui dahulu sebelum anda menyerahkan kunci kereta anda.
Institusi Kewangan tidak dibenarkan untuk menyita kenderaan di mana pembayaran pinjaman telah dilunaskan 75% ke atas melainkan dengan perintah mahkamah yang sah.
Kenderaan yang terletak di dalam Kawasan rumah tidak boleh ditarik.
Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna
Penarik kereta dilarang bersifat gangster atau melakukan kekerasan melampau.
Kenderaan yang terletak di Kawasan awam tidak dibenarkan Tarik luar waktu 9.00 pagi – 9.00 malam.
Pemilik wajib diberi masa yang mengcukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi sebelum kenderaan ditarik.
Si penarik kenderaan wajib mempunyai dan menunjukan kad pengenalan surat wakil kuasa dari Institusi Kewangan dan arahan penarikkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BMW Group Financial Services Malaysia telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project.
Ia merupakan pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19. Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
“Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan.
“Kami telah berpeluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah organisasi bersama Refuge for the Refugees dan Empire Project sepanjang 18 bulan yang lalu, dan dengan rasa rendah hati kami bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi sokongan kami kepada inisiatif mereka.”
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut:
BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman. Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember 2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.
Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiap minggu.
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Di samping itu, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemik untuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.