Gaya Hidup

5 Ritual Pelik & Unik Cristiano Ronaldo Lakukan Sebelum Perlawanan

Share

Dalam dunia bola sepak melakukan ritual tertentu sebelum perlawanan adalah satu perkara yang sering kita dengar.

Sama ada ia karut atau tidak, ritual yang bersifat peribadi ini sangat penting bagi sesetengah pemain profesional. Walaupun ia tidak pernah terbukti secara saintifik atau penjelasan namun pemain yang bergaji jutaan ringgit tidak pernah gagal melakukan ritual wajib sebelum perlawanan.

Di antara pemain yang mempunyai ritual tersendiri ialah Cristiano Ronaldo. Bintang yang pernah menjadi pemain pujaan di Manchester United dan Real Madrid yang kini bersama pasukan juara bertahan Itali, Juventus.

Percaya atau tidak ritual dilakukan oleh Ronaldo ini dilaporkan sendiri oleh bekas rakan sepasukannya sendiri.

1. MASUK & KELUAR

Sebagai kapten pasukan kebangsaannya iaitu Portugal, Ronaldo akan sentiasa duduk di kerusi paling belakang dalam bas pasukkannya. Lebih unik, dia hanya mahu duduk seorang diri di barisan paling belakang. Ronaldo juga mahu menjadi pemain pertama yang naik dan yang terakhir turun dari bas. Manakala jika menaiki pesawat pula dia mahu duduk di kerusi paling paling hadapan dengan bersama seorang pemain sahaja iaitu Pepe.

BACA: Fakta Tentang Ronaldo Yang Boleh Buat Ramai Terkesima

2. MERENUNG CERMIN

Kata orang, seseorang suka tengok diri sendiri dalam cermin mempunyai personaliti chauvinis. Bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Wayne Rooney pernah mengatakan bahawa Ronaldo adalah seorang pemain yang suka merenung wajahnya sendiri di cermin. Malah sebelum perlawaban dia akan luangkan masa menghadap cermin dengan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.

3. JERSI LENGAN PANJANG

Ronaldo lebih senang memakai jersi lengan panjang terutamanya pada awal kemunculannya bersama Manchester United. Ia diteruskan ketika berada di Real Madrid dan hanya dilihat sekali-sekala mengenakan jersi lengan pendek. Kini bersama Juventus jika tiada jersi lengan panjang dia akan memakai baju lengan panjang di bahagian dalam.

4. SUKA JENGKET KAKI MASA BERGAMBAR

Sebelum setiap perlawanan di langsungkan, pemain-pemain akan bergambar bersama satu pasukan. Di sinilah Ronaldo sering dilihat suka menjungkitkan kakinya untuk kelihatan lebih tinggi. Ia bukan berlaku sekali dua tetapi boleh dikatakan setiap perlawanan.

5. BUDAYA KERJA LUAR BIASA

Jika tidak kerana disiplin yang tinggi, latihan yang luar biasa, penjagaan badan, pemakanan serta diet yang baik Ronaldo pasti tidak akan mampu berada di tahapnya sekarang. Malah dia cuu dikenali sebagai seorang yang fitness freak. Di musim pemain lain sedang bercuti dia masih meneruskan latihan dengan keras sekali. Jadi tidak hairanlah ramai rakan sepasukan dan lawan sendiri kagum dengan corak latihannya. Sebab itulah dia salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Kredit: OHMYGOAL

Published by
Farizul Izwany