
Rasanya zaman sekarang telefon bimbit pasti menjadi rakan akrab anda kan? Melekat je tak kira masa, tempat dan situasi. Tapi tahukah anda, amalan tengok telefon bimbit dalam ruangan yang gelap sangat membahayakan kesihatan dan boleh memudaratkan mata?
Banyak kes individu kehilangan penglihatan di bahagian mata sebelah kanan akibat terlalu fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Selain itu, ada juga yang hilang penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun dari tidur.
Menurut kajian, insiden ini berlaku disebabkan tabiat individu yang suka fokus pada telefon bimbit ketika dalam gelap. Kebiasannya ia berlaku pada waktu malam sebelum seseorang itu masuk tidur.
Selain itu, mereka yang mempunyai tabiat selalu bermain telefon sebelum tidur juga lebih berisiko untuk:
1. Otak menjadi lebih penat
2. Risiko Menjadi Obsesiti
3. Ganguan saraf
4. Depresi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Atasi Barah Pankreas Dengan Coklat Gelap

Coklat gelap bukan saja mampu membantu meningkatkan metabolisme tubuh malah ia dikategorikan sebagai makanan yang kaya dengan zat magnesium. Zat itu didapati membantu merawat pesakit kanser pankreas.
Penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Universiti Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat Dr Ka He berkata, pengurangan sebanyak 100 miligram magnesium sehari dikaitkan dengan risiko untuk seseorang menghidap barah pankreas sehingga 24 peratus. Justeru, dengan pengambilan coklat gelap ini ia menjadi sumber zat magnesium untuk tubuh badan sekali gus membantu kita mengurangkan risiko daripada menghidap barah pankreas.
Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama iaitu untuk menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting lain. Antara fungsinya adalah mengatur kadar gula dalam darah melalui pengeluaran glucogen.
Selain itu, ia membantu proses pengurangan kadar gula dalam darah dengan mengeluarkan insulin yang mempercepat aliran glukos ke dalam sel tubuh terutama otot.
Kadar kematian kanser meningkat
Berdasarkan laporan Institut Kanser Kebangsaan, angka kematian akibat barah pankreas pada 2002 hingga 2011 meningkat berikutan pengurangan pengambilan magnesium selain turut dikaitkan dengan masalah kencing manis.
Bagi individu yang berisiko lebih tinggi terkena kanser pankreas, mereka digalakkan menambah magnesium di samping mendapatkan zat itu melalui diet harian untuk mengurangkan risiko kanser.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser British itu dijalankan berdasarkan analisis data ke atas 66,000 lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 76 tahun.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Tabiat Menjadi Punca Sakit Belakang Semakin Kronik

DIANGGARKAN LEBIH 80 PERATUS ORANG PERNAH MENGALAMI SAKIT BELAKANG YANG MENYEBABKAN KERJA DAN AKTIVITI HARIAN TERGANGGU. INSIDEN SAKIT BELAKANG BOLEH BERLAKU PADA USIA 20-AN DAN MENINGKAT PADA USIA 60 HINGGA 65 TAHUN. KAJIAN DI MALAYSIA MELAPORKAN 12 PERATUS INSIDEN SAKIT PINGGANG BERLAKU DI LUAR BANDAR MANAKALA 60 PERATUS DIALAMI PEMANDU KENDERAAN KOMERSIAL.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi,
TANDA-TANDA
– Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
– Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
– Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
BAGAIMANA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
- Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
- Ujian sinar X dan MRI
PANDUAN HINDAR SAKIT BELAKANG
- Mengangkat barang
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
- Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.
Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
- Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.
Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
- Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
- Berdiri dan berjalan
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
RAWATAN
– Fisioterapi
– Ubat-ubatan
– Pembedahan
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Normal Tak Kalau Sering Kebas-Kebas Ketika Sedang Menaip? Ini Jawapannya..

Anggota tubuh badan setiap manusia memainkan peranan penting dalam setiap kerjaya yang dilakukan. Kebiasaannya, masyarakat hanya akan mengeluh apabila sakit pinggang ataupun sengal pada kaki. Perihal ini selalu kita dengar kepada mereka yang bekerja sebagai buruh kasar. Berbeza dengan mereka yang bersandar di hadapan skrin komputer, mereka ini lebih kepada sakit belakang, namun untuk pengetahuan anda jika seseorang cenderung kepada terlalu lama menggunakan tetikus tanpa rehat, pergelangan tangan seseorang itu akan berasa sakit sehingga boleh menyebabkan lumpuh tangan. Ini dinamakan Carpal Tunnel Syndrome.
Mungkin ada kalangan anda yang sudah sinonim dengan penyakit ini, namun ada sesetengah daripadanya masih kurang faham dengan penyakit yang seringkali menyerang mereka yang gemar menggunakan tetikus sebagai objek menjalankan tugas di pejabat.
Pihak Maskulin sempat bertanyakan perihal ini kepada Mohd Sharizal Aziz Fisioterapi U32, Hospital Rehabilitasi Cheras tentang penyakit ini. Menurut beliau Carpal Tunnel Syndrome atau nama singkatannya CTS merujuk kepada kondisi dimana saraf median di pergelangan tangan terhimpit akibat situasi tertentu yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit, kebas atau lemah di tangan terutama bahagian jari. Ia boleh mengakibatkan seseorang yang menghidapinya lemah genggaman tangan sehingga ke keadaan yang lebih kronik dimana pesakit hilang keupayaan memegang sesuatu akibat kurang deria rasa selain otot yang terlibat menjadi terlalu lemah.
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya CTS ini adalah disebabkan oleh tekanan pada saraf median yang berpunca oleh pembengkakkan atau penyempitan terowong “carpal tunnel”. Disebabkan ruangnya yang agak sempit, sebarang pembengkakkan atau penyempitan akan memberi tekanan pada saraf median. Tiada punca khusus yang dapat dikenalpasti, walau bagaimanapun ia berkait rapat dengan aktiviti seharian mahupun pekerjaan yang melibatkan penggunaan dan pergerakkan pergelangan tangan yang berulang-ulang.
Jangan pandang mudah dengan penyakit ini kerana antara mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit ini adalah seorang penjawat Awam mahupun sektor Swasta yang memerlukan pergerakan pergelangan tangan berulang kali seperti operator mesin, juruwang, mekanik, tukang cat, mahupun mereka yang seringkali mengendalikan peralatan atau mesin yang menyebabkan gegaran pada pergelangan tangan. Jangan ingat mereka yang mempunyai masalah lemak berlebihan juga tidak tergolong dalam penyakit ini. Anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti, Hupothyroudism, Rheumatoid Athritis dan Diabetis juga mendorong kepada Carpal Tunnel Syndrome. Dalam pada masa yang sama, Sharizal juga memberi penekanan terhadap ibu mengandung, di mana ia senang akan terjadi cecair (oedema) berlebihan pada tisu disekeliling pergelangan tangan mereka. Kecederaan Trauma yang mendorong kepada hentakan pada pergelangan tangan juga berisiko untuk mendapat penyakit ini, namun tipis.
Temu bual tersebut dilanjutkan lagi dengan persoalan bagaimana seseorang itu cenderung ke CTS. Ini kerana, kebanyakan kita tidak mengetahui bagaimana seseorang mengalami CTS. Lelaki yang berusia 34 tahun ini mejelaskan bahawa seorang pesakit jenis ini kerap mengalami kebas dan “semut-semut’ pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Pada peringkat awal, mereka akan merasakan jari mereka seolah kebas dan tidak boleh digerakkan terutamanya pada waktu malam dan awal pagi. Sekiranya berterusan dan tidak dirawat, simptom kebas berpanjangan ini akan menjadi sakit dan menyebabkan otot menjadi lemah sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu menggenggam atau memegang sesuatu benda. Sakit berterusan ini mungkin akan melarat hingga ke bahu dan mengganggu aktiviti harian mereka yang mengalaminya.
Setiap penyakit haruslah ada ubatnya, dalam dunia serba canggih ini, terdapat pelbagai rawatan traditional mahupun moden jika seseorang itu mangsa CTS. Kebanyakan pihak, pasti akan menyatakan bahawa pembedahan merupakan jalan paling bagus untuk memulihkan penyakit ini.
Dalam tidak sedar,penyakit ini semakin kerap terjadi terutamanya kepada mereka yang obses pada kerjaya. Secara umumnya, masyarakat masih kurang peka akan risiko CTS sehinggalah mereka mengalaminya sendiri dan dirujuk ke klinik atau hospital. Kebanyakan klinik-klinik kerajaan terutama sekali di Unit Fisioterapi ada menyediakan risalah-risalah berkaitan masalah CTS untuk tujuan rujukan umum. Oleh sebab penyakit ini biasanya terjadi bagi mereka yang bekerja di pejabat, pihak majikan layak mendapatkan nasihat dari Agensi Kesihatan Pekerjaan sekiranya skop pekerjaan ditawarkan mendedahkan pekerja kepada risiko CTS.
Dapatkan Maskulin Edisi Julai-Ogos di pasaran untuk mengetahui tentang penyakit ini dengan lebih lanjut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI