5 Rahsia Lelaki Untuk Kekal Awet Muda Selamanya!

Share

1) MANDI SEBELUM SUBUH

Benarkah mandi sebelum subuh dapat menjadikan kita sentiasa awet muda? Ya tepat sekali. Air sejuk dapat meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus. Ianya juga dapat meningkatkan produktiviti hormon estrogen. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri. Mandi sebelum subuh juga dapat membakar lemak dengan lebih efektif. 

2) SENAMAN RINGAN SETIAP HARI

Senaman ringan setiap hari sangatlah mudah dilakukan. Kenapa perlu bersenam? Ianya adalah untuk memastikan badan kita sentiasa cergas dan segar. Di samping dapat mengeluarkan peluh, dapat juga bakar lemak yang terkumpul. Kalau kita gemuk berisi, mesti akan nampak lebih berusia. Ye dak?

3) MINUM AIR MASAK YANG CUKUP

Air masak memang tidak dapat diragui lagi. Di samping mempunyai banyak khasiat, semestinya ianya dapat menjadikan wajah kita kelihatan muda berseri-seri. Caranya, bangun dari tidur sebelum gosok gigi terus aja teguk segelas air masak. Lakukan secara konsisten tau.

4) JAGA PEMAKANAN

Orang kata penyakit bermula dari perut. Maka, tugas kita adalah menjaga dengan sebaik-baiknya anugerah yang dikurniakan oleh Nya. Jaga pemakanan kita. Elakkan makanan berlemak berminyak dan yang tinggi kalori. Untuk awet muda, amalkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan jangan lupa amalkan juga makan makanan yang mempunyai kolagen seperti ikan salmon.

5) PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN

Makanan tambahan ‘supplement’ merupakan pelengkap nutrisi untuk badan kita. Ianya juga dapat membekalkan nutrisi yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Semakin meningkat usia kita, kandungan kolagen dalam badan kita semakin berkurang. Sebab itulah munculnya kedutan-kedutan halus di muka kita. Kajian mengatakan pengambilan ‘supplement’ bermula usia 20 an mampu menjadikan wajah lebih berseri dan awet muda

.

 

Published by
Kim Rahim