5 Rahsia Ini Kalau Ikut, Pasti Perut Susah Nak Buncit

Share

Untunglah bagi lelaki yang perutnya belum buncit. Kalau tak mahu masalah ini menghantui hidup anda di kemudian hari, pastikan anda tahu dan ikuti 5 rahsia ini. Percayalah, kalau anda ikut, pasti perut susah nak buncit.

1. Elak ambil minuman berkarbonat

Maaf ya buat pencinta minuman berkarbonat, pengambila minuman berkarbonat yang banyak mungkin boleh menjadi antara punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut memang sedap untuk hilangkan dahaga, tetapi anda juga telah “menelan” buih karbon dioksida. Udara tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana ia boleh menyebabkan masalah perut buncit yang serius.

Punca utama perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida merupakan pantang utama untuk mendapatkan perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan gassiness

, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihatlah perubahan yang akan anda rasai.

Selain itu, minuman berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit jantung. Jadi, lebih baik anda berhenti mengambilnya sekarang.

2. Lelaki perlu makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari

Rasa buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang besar. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Kurang makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.

Contohnya, jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas setiap hidangan. Ini kerana, anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan pada satu masa.

3. Tidak melakukan senaman sejurus selepas makan

Menjadi sangat aktif selepas makan boleh menggagalkan dan menjadikan proses penghadaman anda ‘kucar-kacir’, yang mana boleh membawa kepada rasa tidak selesa dan mungkin juga pitam.

Pernah berlari selepas makan, dan ia telah menyebabkan anda berasa loya dan mahu muntah? Ini kerana badan anda dijadikan untuk berehat ATAU bekerja, bukan kedua-duanya pada masa yang sama. Berehat adalah untuk penghadaman kerja adalah untuk aktiviti fizikal.

Apabila badan anda sedang cuba untuk menghadam makanan tetapi tiba-tiba anda merubah ke dalam “mood kerja” dengan berjalan atau bersenam, anda akan menghadapi masalah dengan proses penghadaman, sekali gus membuatkan perut anda berasa tidak selesa, dan keadaan ini juga boleh mengurangkan keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.

4. Berhati-hati dengan “sugar free” pada label

Walaupun mengambil terlalu banyak gula boleh memberi kesan buruk untuk anda, apa yang syarikat pengeluaran makanan gunakan untuk menggantikan gula kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk.

Periksa label pemakanan yang bertanda “sugar free“ dan kenal pasti sugar alcohols

 seperti xylitol, mannitol, sorbitol dan Erythritol. Ini semua dikenali sebagai penyebab masalah penghadaman, jadi cuba elakkannya jika anda mempunyai masalah dengan kandungan gas dalam badan dan perut buncit.

5. Lebihkan makan dengan kandungan fiber

Kembung dan gassiness selalunya boleh menyebabkan sembelit. Ia adalah masalah penghadaman yang biasa, dan kebanyakan cadangan mengatakan, makan lebih banyak serat untuk menyelesaikannya, kerana serat membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan anda, sekali gus melegakan sembelit.

Serat larut adalah taruhan terbaik kerana ia adalah jenis serat yang mana badan anda mudah untuk menyerap. Serat juga mampu mengekalkan air (dengan cara yang baik), membantu mengurangkan dan melegakan cirit-birit (satu lagi penyumbang kepada gassiness dan rasa tidak selesa).

Published by
Kim Rahim