Untunglah bagi lelaki yang perutnya belum buncit. Kalau tak mahu masalah ini menghantui hidup anda di kemudian hari, pastikan anda tahu dan ikuti 5 rahsia ini. Percayalah, kalau anda ikut, pasti perut susah nak buncit.
1. Elak ambil minuman berkarbonat
Maaf ya buat pencinta minuman berkarbonat, pengambila minuman berkarbonat yang banyak mungkin boleh menjadi antara punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut memang sedap untuk hilangkan dahaga, tetapi anda juga telah “menelan” buih karbon dioksida. Udara tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana ia boleh menyebabkan masalah perut buncit yang serius.
Punca utama perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida merupakan pantang utama untuk mendapatkan perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan gassiness, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihatlah perubahan yang akan anda rasai.
Selain itu, minuman berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit jantung. Jadi, lebih baik anda berhenti mengambilnya sekarang.
2. Lelaki perlu makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari
Ads
Rasa buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang besar. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?
Kurang makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.
Contohnya, jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas setiap hidangan. Ini kerana, anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan pada satu masa.
3. Tidak melakukan senaman sejurus selepas makan
Ads
Menjadi sangat aktif selepas makan boleh menggagalkan dan menjadikan proses penghadaman anda ‘kucar-kacir’, yang mana boleh membawa kepada rasa tidak selesa dan mungkin juga pitam.
Pernah berlari selepas makan, dan ia telah menyebabkan anda berasa loya dan mahu muntah? Ini kerana badan anda dijadikan untuk berehat ATAU bekerja, bukan kedua-duanya pada masa yang sama. Berehat adalah untuk penghadaman kerja adalah untuk aktiviti fizikal.
Apabila badan anda sedang cuba untuk menghadam makanan tetapi tiba-tiba anda merubah ke dalam “mood kerja” dengan berjalan atau bersenam, anda akan menghadapi masalah dengan proses penghadaman, sekali gus membuatkan perut anda berasa tidak selesa, dan keadaan ini juga boleh mengurangkan keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.
4. Berhati-hati dengan “sugar free” pada label
Ads
Walaupun mengambil terlalu banyak gula boleh memberi kesan buruk untuk anda, apa yang syarikat pengeluaran makanan gunakan untuk menggantikan gula kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk.
Periksa label pemakanan yang bertanda “sugar free“ dan kenal pasti sugar alcohols seperti xylitol, mannitol, sorbitol dan Erythritol. Ini semua dikenali sebagai penyebab masalah penghadaman, jadi cuba elakkannya jika anda mempunyai masalah dengan kandungan gas dalam badan dan perut buncit.
5. Lebihkan makan dengan kandungan fiber
Kembung dan gassiness selalunya boleh menyebabkan sembelit. Ia adalah masalah penghadaman yang biasa, dan kebanyakan cadangan mengatakan, makan lebih banyak serat untuk menyelesaikannya, kerana serat membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan anda, sekali gus melegakan sembelit.
Serat larut adalah taruhan terbaik kerana ia adalah jenis serat yang mana badan anda mudah untuk menyerap. Serat juga mampu mengekalkan air (dengan cara yang baik), membantu mengurangkan dan melegakan cirit-birit (satu lagi penyumbang kepada gassiness dan rasa tidak selesa).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Otot dada terdiri dari 1 otot utama (otot besar) yang namanya Otot Pectoral. Otot ini sebenarnya terdiri dari pectorial major, minor dan clavicle head. Untuk memudahkannya kita membahagikannya kepada 3 saja iaitu Dada Bawah (lower chest), Dada Tengah (middle chest) dan Dada Atas (upper chest).
Latihan ini adalah antara latihan yang terbaik untuk dada terutamanya yang ingin membina otot dada. Lakukanlah dengan pegangan sedikit lebih lebar dari lebar bahu. Jangan terlalu lebar kerana ia akan membebankan sendi. Turunkan beban tersebut perlahan-lahan sehingga menyentuh dada di daerah puting
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membina otot dada yang lebih kekar dan sasa.
Incline Press
Latihan press dengan incline akan memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian dada hingga ke atas. Sudutnya pula jangan dilakukan terlalu tinggi. Cukup dengan sudut sekitar 200 – 300 saja dan biarkan ia agar dapat untuk divariasikan. Latihan juga dapat divariasikan antara penggunaan barbell dengan dumbell.
Decline Press (Barbell / Dumbell)
Merupakan gerakan latihan yang serupa dengan Bench Press atau Incline Press, hanya dilakukan di bangku Decline yang mempunyai kecondongan tertentu (sekitar 20 – 30’). Latihan ini menfokuskan tekanan pada otot dada bahagian bawah sehingga otot dada dapat menjadi lebih tebal dan kelihatan “tergantung”.
Cable Crossover
Merupakan gerakan yang membantu untuk mengembangkan otot terutama pada bahagian tengah otot dada. Latihan ini sendiri dapat menguatkan bahagian tengah sesuai dengan posisi jatuhnya cable yang dapat kita atur. Dengan menggenggam kedua tangan pada kabel, kita menarik kabel ke tengah depan sambil memfokuskan otot dada kita. Kabel kemudian dilepaskan secara perlahan.
Pec Dec / Butterfly
Latihan ini memungkinkan otot dada untuk bergerak sesuai dengan gerakan semulajadinya yang membawa kedua lengan untuk menuju pusat tubuh. Usahakan agar siku tetap berada pada bahagian pegangan (pads). Jangan menggunakan telapak tangan dengan terlalu banyak dalam latihan ini kerana ia akan mengurangkan tekanan otot dada.
Dumbell Pullover
Latihan ini dimaksudkan untuk membesarkan otot-otot dada agar jaraknya menjadi lebih besar. Latihan dengan dumbell dalam posisi berbaring, atau posisi dimana bahu bersandar pada bangku dan kedua kaki mencecah lantai, beban di pegang secara lurus di atas dada. Turunkan dumbel ke arah belakang kepala sejauh mungkin lalu kembali ke posisi semula.
Dumbell Fly
Latihan ini pula digunakan untuk melatih otot dada dengan gerakan yang cukup jauh, sehingga efektif untuk membantu meningkatkan keseluruhan otot. Beban yang digunakan dapat divariasikan namun perlu diingat agar berhati-hati saat menggunakan beban berat. Sebaiknya perlu ada seorang rakan yang membantu menjaga dan mengawasi latihan.
sumber: lelakisihat,com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Akil baligh adalah tempoh masa apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang membesar dan mengalami proses kematangan seks. Akil baligh ialah siri-siri peringkat fizikal yang membawa kepada kesuburan dan perkara yang dipanggil ciri-ciri jantina sekunder, iaitu ciri-ciri fizikal lelaki dan perempuan dewasa (seperti pertumbuhan bulu ari-ari). Baligh bukan sahaja melibatkan siri-siri transformasi biologikal dan fizikal , bahkan proses ini turut memberi kesan kepada perkembangan psikososial dan emosi remaja tersebut.
Apakah kebarangkalian Akil baligh?
Permulaan baligh berbeza-beza mengikut individu. Bagi perempuan, ia bermula antara umur 10-14 tahun, bagi lelaki pula secara umumnya berlaku lebih lewat, iaitu antara umur 12-16 tahun. Anak remaja perempuan sekarang mencapai akil baligh pada umur yang lebih awal. Pengaruh nutrisi dan persekitaran mungkin menjadi faktor.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Akil baligh?
Tanda-tanda awal akil baligh pada perempuan;
Tanda-tanda awal bagi perempuan selalunya ialah buah dada mereka mula membesar. Ianya adalah normal sekiranya buah dada kadang-kadang berasa sakit ataupun hanya sebelah sahaja yang mula membesar dan sebelah lagi akan mula membesar beberapa bulan kemudian.
Bulu ari-ari akan mula tumbuh dan bagi sebahagian perempuan, mereka akan menyedari bulu mula bertambah pada kaki dan lengan mereka.
Tanda-tanda lewat akil baligh pada perempuan iaitu selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:
Buah dada akan terus membesar dan menjadi lebih penuh.
Lebih kurang dua tahun selepas akil baligh bermula, perempuan akan didatangi haid buat kali pertama.
Bulu ari-ari menjadi lebih lebat dan kerinting
Bulu ketiak mula tumbuh . Sesetengah perempuan mungkin akan ada bulu pada bahagian tubuh yang lain, seperti bahagian atas bibir. Hal ini sememangnya normal.
Mereka akan mula berpeluh dengan lebih banyak
Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
Mengalami keputihan/lelehan faraj yang berwarna putih
Perempuan akan mengalami lonjakan pertumbuhan . Bermula dari waktu kedatangan haid kali petama , perempuan akan meninggi 5-7.5 cm setiap tahun sehingga satu atau dua tahun kemudian dan akan mencapai ketinggian dewasa mereka.
Kebanyakan perempuan akan bertambah berat – Ia adalah perkara normal – kerana bentuk badan mereka mula berubah. Lemak badan akan berkumpul pada bahagian atas lengan, peha, dan bahagian belakang atas; pinggul akan membesar dan pinggang akan menjadi semakin ramping.
Selepas 4 tahun akil baligh bagi perempuan;
Buah dada membesar sepenuhnya seperti orang dewasa
Bulu ari-ari tumbuh sehingga ke bahagian dalam peha
Alat kelamin sudah matang sepenuhnya.
Perempuan akan berhenti meninggi
Tanda-tanda awal akil baligh bagi lelaki;
Tanda awal bagi lelaki selalunya ialah testis mereka membesar dan skrotum mula menipis dan kemerah-merahan
Bulu ari-ari akan mula tumbuh pada pangkal zakar
Tanda-tanda lewat akil baligh bagi lelaki selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:
Zakar dan testis akan terus membesar , skrotum akan menjadi semakin gelap
Bulu ari-ari menjadi semakin lebat dan kerinting
Bulu ketiak akan mula tumbuh
Semakin kuat berpeluh
Dada boleh membengkak sedikit untuk sementara waktu, ini adalah normal dan tidak sama dengan ‘man-boobs’
Mengalami mimpi basah (ejakulasi luar kawalan sewaktu tidur)
Suara menjadi parau dan semakin garau/dalam buat selamanya. Buat seketika, budak lelaki mungkin terasa suaranya menjadi garau , kemudian berubah menjadi tinggi pula.
Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
Mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan dan meninggi pada purata 7-8 cm setiap tahun serta berotot kekar.
GQ Portgual – April 2016
Selepas 4 tahun akil baligh bagi lelaki:
Alat kelamin kelihatan seperti orang dewasa dan bulu ari-ari akan tumbuh ke bahagian dalam peha.
Bulu muka akan mula tumbuh dan mereka akan mula bercukur
Lelaki meninggi pada kadar yang lebih perlahan dan berhenti membesar sepenuhnya sekitar umur 16 tahun (tetapi mungkin berterusan untuk menjadi lebih berotot)
Kebanyakan lelaki akan mencapai kematangan penuh pada umur 18 tahun.
Perubahan angin dalam akil baligh
Akil baligh boleh menjadi tempoh yang sangat sukar bagi kanak-kanak. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan tubuh badan mereka, jerawat dan badan yang semakin berbau busuk.
Akil baligh juga boleh menjadi satu tempoh yang menyeronokkan, apabila kanak-kanak mengalami emosi dan perasaan yang baru, tetapi perubahan emosi yang mendadak oleh menjejaskan psikologi dan emosi mereka seperti:
Berubah mod secara mendadak tanpa ada penjelasan
Rendah keyakinan diri
Agresif
Kemurungan
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, silalah berunding dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Kanak-kanak yang mengalami akil baligh terlalu awal (sebelum umur 8 tahun) atau terlalu lewat (selepas 14 tahun) seharusnya berjumpa dengan doktor untuk menyaring keluar apa-apa keadaan perubatan.
Punca
Apakah Punca Akil baligh?
Akil baligh adalah proses kematangan seks semula jadi tubuh badan manusia. Pencetus kepada proses ini terletak pada bahagian kecl oak yang dipanggil hipotalamus, kelenjar yang merembeskan hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH). GnRH merangsang kelenjar pituitari (organ bersaiz kekacang yang berhubung dengan bahagian bawah hipotalamus), untuk melepaskan dua hormon; hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH). Dua hormon ini memberi isyarat kepada organ seks lelaki dan perempuan (testis dan ovari) untuk merembeskan hormon seks yang sepatutnya, iaitu testosteron dan estrogen yang akan melancarkan tanda-tanda baligh pada tubuh badan.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akil baligh?
Terdapat banyak faktor risiko untuk akil baligh prekosius seperti;
Perempuan. Mereka lebih cenderung untuk mengalami baligh prekosius
Berbangsa Afrika Amerika. Akil baligh prekosius lebih banyak berlaku pada kanak-kanak berbangsa Afrika Amerika berbanding kanak-kanak bangsa lain
Menjadi seorang yang obes. Sekiranya anak perempuan anda mempunyai berat badan berlebihan, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami baligh prekosisus
Terdedah kepada hormon seks. Sekiranya anak anda pernah terkena atau terdedah kepada krim/salap estrogen atau testosteron , ataupun bahan-bahan lain yang mengandungi hormon-hormon ini(seperti ubat-ubatan orang dewasa atau penokok diet), mereka berisiko tinggi untuk mengalami baligh prekosius
Mempunyai keaadan kesihatan yang lain. Akil baligh prekosius mungkin juga disebabkan komplikasi sindrom McCune-Albright atau hiperplasia adrenal kongenital – kondisi yang melibatkan penghasilan hormon lelaki yang luar biasa (androgen). Jarang-jarang sekali, baligh prekosius boleh terkait dengan hipotiroidisme.
Pernah menerima terapi radiasi pada sistem saraf tunjang . Terapi radiasi untuk ketumbuhan , leukemia dan kondisi-kondisi lain boleh meningkatkan risiko baligh prekosius.
Faktor risiko bagi lewat akil baligh ialah:
Masalah pituitari kongenital
Mutasi genetik
Kecelaruan kromosom
Anosmia
Masalah permakanan
Penyakit sistemik yang kronik
Malnutrisi
Senaman lasak
Masalah gonad kongenital dan perolehan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat:
1.Makanan Ber oat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.