USAHA YANG BELUM SEMPURNA
Walaupun sudah berusaha, tapi usaha yang dilakukan itu tidak mencukupi atau belum sempurna. Kita telah berusaha untuk mencari jodoh, tetapi, kita telah berhenti dalam usaha yang ke 99. Mungkin Allah ingin memberikan kita jodoh dalam usaha kita yang ke 100. Maksudnya di sini, kita perlu sentiasa berusaha dalam memperoleh jodoh yang dicari, dan perlu terus berusaha kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dengan berdoa dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
BELUM BENAR-BENAR BERSEDIA
Walaupun pasangan sudah ada di depan mata, tapi mereka pula belum benar-benar bersedia. Bagi mereka yang masih keliru tentang apakah yang dimaksudkan dengan benar-benar bersedia? Benar-benar bersedia di sini bermaksud, anda sudah yakin pada diri sendiri bahawa anda sudah bersedia untuk menjadi isteri atau suami kepada pasangan anda. Satu contoh yang paling mudah apabila mereka yang sudah berkahwin, masih belum dikurniakan dengan cahaya mata, lantas mereka bersetuju untuk mengambil anak angkat, setelah mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mereka pula dikurniakan pula dengan cahaya mata. Ini adalah kerana, masing-masing sudah bersedia untuk menjadi ibu dan bapa, dan mereka telah bersedia untuk dikurniakan anak.
TIADA DAYA PENARIK
Diri kita adalah ibarat besi berani, atau magnet kepada pasangan kita mahupun orang lain. Cara untuk meningkatkan “power” magnet ini ialah dengan mengisi cas-cas positif iaitu tidak mempunyai perasaan hasad dengki atau marah kepada orang lain, sabar dan amalkan perkara-perkara mahmudah. Banyakkan beristighfar, kerana dengan mengamalkan istighfar, ianya dapat mencuci segala karat dalam hati. Sedangkan Baginda Nabi Muhammad SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita umat manusia yang sentiasa buat dosa, amalkan amalan ini, insha Allah orang yang nak datang meminang itu Allah mudahkan hatinya untuk hadir dalam hidup kita.
DOA YANG TIDAK MAKBUL
Sesungguhnya hanya Allah SWT yang berkuasa untuk memakbulkan doa hamba-hambaNya pada bila-bila masa sahaja. Antara salah satu faktor doa masih belum dimakbulkan adalah kerana kita masih berterusan melakukan dosa, rezeki belum berkat, zakat belum ditunaikan, dan masih mempunyai dendam terhadap orang lain. Oleh itu, ayuh bersihkan hati dan amalan agar Allah menyegerakan permintaan kita untuk dipertemukan jodoh.
TIDAK MENDAPAT RESTU DARI IBU BAPA
Ibu bapa masih belum bersedia untuk melepaskan anak mereka. Tanya pada mak terlebih dahulu, “adakah mak benar-benar redha saya nak berumahtangga?” Ini kerana, ada sesetengah mak yang masih belum bersedia melepaskan anak sulungnya mahupun anak bongsunya. Emak mana yang tidak mahu melihat anaknya berkahwin, tetapi, dalam hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya. Ianya merupakan salah satu masalah besar juga. Namun, jangan kerana sebab ini, anda sudah hilang kehormatan pada orang tua anda sendiri. Ingat tu!
Gambar sekadar hiasan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI