Penyakit hernia atau angin pasang amat sinonim dengan lelaki walau bagaimanapun, penyakit hernia biasanya menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin. Hernia juga dikenali sebagaia angin pasang surut kerana kewujudan bonjol yang tengelam dan timbul.

5 Punca & Jenis Hernia Pada Lelaki, Hati-Hati Kerana Penyakit Ini Boleh Jadi Bahaya

Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat.

Faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah:

  1. Seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
  2. Seseorang itu sering melakukan kerja2 yang berat seperti mengangkat barang2 yang berat dan apa2 sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula.
  3. Seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit.
  4. Berkemungkinan sejak lahir, otot di kawasan tersebut sudah bermasalah dan menjadi lemah.
  5. Berat badan yang berlebihan.

 

5 Punca & Jenis Hernia Pada Lelaki, Hati-Hati Kerana Penyakit Ini Boleh Jadi Bahaya

 

Jenis-Jenis hernia

  • Hernia di kelangkang (Groin hernia)
  • Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)
  • Hernia di pusat (Umbilical hernia)
  • Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)
  • Hernia inguinal

 

5 Punca & Jenis Hernia Pada Lelaki, Hati-Hati Kerana Penyakit Ini Boleh Jadi Bahaya

 

Menurut Perunding Bedahan Am, Payudara dan Endokrin, Tropicana Medical Centre, Dr. Zamzuri Zakaria, masalah hernia ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang mampu membawa maut.

“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal peha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.

“Komplikasi boleh berlaku apabila bahagian yang terkeluar contohnya usus, mati akibat halangan untuk masuk kembali dan tisu tersebut tercekik di laluan tersebut lalu menyebabkan iskimia iaitu darah tidak dapat mengalir ke bahagian tersebut dan akhirnya gangren.

IKLAN

“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi,”

Sumber : Utusan

Hernia inguinal banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu indirect, hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.

IKLAN

Direct pula ialah hernia yang dihidapi hanya orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.

Gejala dan tanda-tanda angin pasang ialah terasa mual di bahagian hernia dan ingin muntah, rasa ngilu yang amat keras, terdapat benjolan di lokasi hernia,perut kembung disertai dengan mual dan muntah, jika berbaring benjolan hernia mula hilang.

Hernia atau disebut juga sebagai angin pasang, burut atau pasang surut lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.

Jadi hati-hati jika korang ada merasakan benjolan pada bahagian ini dan sebaiknya berjumpa dengan doktor agar rawatan dapat dikendalikan dan di rawat.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI