5 Produk Penghapus Parut Kekal

10552

Azanis Scar Serum

 

Kepekatan tinggi antioksida dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Tambahan lagi ia mudah didapati di farmasi-farmasi dan secara online. Cuma ada juga peringatan agar berhati-hati dengan produk tiruan Azanis Scar Serum.

Bio Oil

 

Bio Oil antara salah satu yang masih ada dipasaran. Terdapat 2 saiz juga iaitu, 60ml dan 125ml yang boleh digunakan untuk kulit sensitif di bahagian muka dan badan.

 

Ia juga antara produk yang berkesan untuk masalah parut dan regangan kulit (stretch mark), merawat warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Ada juga yang menggunakannya sebagai penanggal make-up disamping merawat kulit muka. Namun ia dikatakan mengandungi minyak PurCellin yang berasal dari itik. Mungkin ada yang kurang selesa dengan produk yang mengandungi bahan daripada haiwan.

Mederma

 

Mederma merupakan antara produk hilangkan parut yang merawat parut lama dan baru, kesan melecur, regangan kulit termasuklah parut yang disebabkan jerawat. Mederma mempunyai kandungan vitamin E dan aloe vera yang bertindak membantu kulit kembali tegang dan dan melicinkan kulit. Ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 20gm dan 50gm,

 

Terdapat juga beberapa testimoni yang mengatakan keberkesanan produk ini namun ia mengambil masa yang lama. Ada juga yang menggunakannya hingga 2 tahun dengan sabar tetapi masih ada kesan bekas parut. Selain itu, ada juga testimoni mengatakan mereka berasa gatal-gatal bila menggunakannya terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Dermatix

 

Dermatix merawat secara klinikal menghilangkan serta memudarkan parut pada kulit. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada kawasan berparut baru yang disebabkan luka yang baru sembuh sama ada di muka dan badan. Ia juga amat berguna sebagai ‘sunblock’ yang melindungi kulit dari sinaran UV matahari.

 

Dipasarkan dengan 2 saiz dan lebih kecil dari kesemua senarai yang ada iaitu dalam tiub 7g dan 16g. Terdapat beberapa testimoni menyatakan keberkesanan menggunakan Dermatix ini, cuma harganya agak mahal berbanding yang lain. Ia juga disarankan agar digunakan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pun pakar kulit sebaiknya terlebih dahulu.

Palmer’s

 

Produk Palmer’s ini merupakan rawatan terapi kulit yang hampir menyamai Azanis Scar Serum. Ia boleh menghilangkan parut, regangan kulit, tonasi kulit tak sekata, kulit kering dan juga kesan penuaan. Terdapat juga testimoni dan review yang mengesahkan keberkesanan produk ini. Ia tidak berminyak dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kulit muka atau pun badan.

 

Didatangkan dalam saiz 60ml juga dan selain itu terdapat juga beberapa jenis produk dalam bentuk krim, losyen dan juga balm. Ia juga membantu untuk melembutkan kulit dan berkesan.

SUMBER : KHIRKHALID.COM