Pedih apabila mengunyah makanan sehingga rasa sakit ketika menelan minuman sering menyebabkan emosi terganggu. Ada yang memanggilnya ‘pecah mata ikan’ dalam kalangan masyarakat Melayu namun hakikatnya ulser di bahagian mulut sememangnya menyakitkan.
Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Apabila berlaku ulser, seseorang mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutama di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak terbabit berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah di sekitarnya. Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan kepada produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia menyebabkan demam dan kelesuan.
Amat penting bagi seseorang menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa. Rasa sakit, pedih dan perit sehingga kadangkala sukar untuk menelan atau mengunyah makanan pasti dirasai setiap kali ulser mulut menyerang. Memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar sembuh kerana ia bergantung kepada lokasi ulser mulut itu. Keadaan itu mengganggu keupayaan untuk makan dan bercakap sehingga mengganggu emosi individu itu akibat menahan kesakitan.
Terdapat beberapa kaedah menggunakan bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi merawat ulser. Boleh menggunakan madu dan minyak kelapa kerana madu ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru
Peringatan
Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mendapat ulser mulut:
• Gunakan berus gigi yang lembut
• Minum minuman sejuk menggunakan penyedut minuman
• Makan makanan yang lembut
Ads
• Dapatkan pemeriksaan gigi/mulut secara berkala
• Amalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air
Elakkan
• Makan makanan yang terlalu pedas, masin atau masam
• Makan secara tergesa-gesa
• Makan makanan yang keras
Ads
• Minum minuman yang terlalu panas atau berasid
• Terlalu kerap mengunyah gula-gula getah
• Menggunakan ubat gigi yang ‘kuat’ dan mengandungi sodium lauryl sulphat.
Bertemu dengan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.
Di antara produk yang boleh anda guna untuk atasi masalah ulser mulut.
1.Hurix’s Mouth Ulcer
Ads
2.Avera Gel
3.Oral Aid Gel
4.Aloclair Gel
5.Bonjela
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila meningkat dewasa masalah jerawat bukan lagi menjadi ‘musuh’ utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajah terdedah kepada bermacam kotoran.
Kemunculan masalah blackhead pula bakal menghantui anda! Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.
Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.
PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK
Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.
MELEMBAP WAJAH DUA KALI SEHARI
Ini antara amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.
SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR
Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.
PAKAI MASK SEMINGGU SEKALI
Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian.
Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.
Selamat mencuba ya! Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk perkogsian paling terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut berbau sememangnya satu masalah buat lelaki kurang menjaga kerapian rambut mahupun yang sibuk bekerja. Sebagai lelaki, anda bukan sahaja menjaga rapi kulit wajah bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau. Ditambah pula dengan sifat malas anda untuk membasuh rambut, membuatkan masalah ini makin rumit, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri.
Kita anda bermasalah dengan rambut berbau, atasinya dengan 8 tip mudah ini.
1. Gunakan tuala yang lembut
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.
2. Rajin menyikat rambut
Bagi yang jarang menyikat rambut selepas ini kena rajin-rajinkan diri anda menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.
3. Basuh rambut dengan air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.
4. Minum banyak air putih
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.
5. Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.
6. Cuci rambut setiap hari
Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.
7. Jauhi stres
Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.
8. Lakukan banyak aktiviti santai
Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berkepala botak pastinya menjadi mimpi negeri buat segelintir lelaki. Ini kerana tidak semua lelaki sesuai dengan imej berkepala botak. Malah ramai lelaki tidak bersedia berdepan dengan imej berkepala ‘pulau’.
Jadi, sebaik mungkin mereka akan berusaha untuk menjaga rambut agar sentiasa lebat, hitam dan terurus dengan baik tanpa sebarang masalah keguguran rambut, kelemumur, berminyak dan sebagainya.
Masalah keguguran rambut yang serius tentu membimbangkan kerana sudah pasti anda tidak mahu rambut semakin hari semakin sedikit sehingga meninggalkan ‘pulau’ yang boleh mencacatkan penampilan anda.
Sekiranya anda salah seorang yang berdepan dengan masalah keguguran rambut dan ingin rambut di kawasan botak kembali tumbuh, bolehlah amalkan tonik rambut ini.
Pakai lepas shampoo. Spray kan benda ni atas kulit kepala, bukan kat rambut eh. Kat kulit kepala. Pastu urut2. Then biar kan je . Memula memang ada bau cam ubat tapi akan hilang after few minutes. ?