Sampai satu ketika boleh dikatakan semua orang lali akan ada perasaan nak kahwin. Ia adalah satu perkara normal dan fitrah kita sebagai manusia. Rumahtangga itu sendiri pun merupakan satu institusi yang amat suci dalam agama. Dna ia bukanlah perkara yang boleh kita buat main-main.
Buat korang yang belum berkahwin ada beberapa perkara yang perlu tahu. Jika fikir kahwin ini untuk benda-benda best sahaja ternyata korang silap besar. Sebagai lelaki tanggungjawab kau sebagai suami memang sangat besar. Dan untuk memikul tanggungjawab itu ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan sama ada suka atau tidak.
Masa bujang dulu kau nak lepak sampai ayam berkokok pun boleh. Tapi bila sudah kahwin tak boleh buat begitu. Bukan tak boleh lepak dengan kawan-kawan tapi biarlah kena dengan masa. Janganlah pula tinggal isteri seorang diri di rumah sampai lewat pagi. Bila sudah kahwin kau kena sedar bro
, kau sudah ada tanggungjawab. Keselamatan isteri itu bawah tanggungjawab kau. Bukan setakat pandai nak penuhkan nafkah batin saja.Semasa bujang kau bebas nak ke mana-mana terutama bila sudah hidup bekerjaya dan merantau jauh dari famili. Segala apa yang kau buat bermula dari bangun tidur sampailah kau tidur balik tiada siapa nak peduli. Tapi bila sudah kahwin dinamik kehidupan harian kau berubah. Di sinilah kau kena panda adjust bagaimana untuk give and take. Mungkin ada perkara yang isteri buat kau tak berkenan tapi ambil masa untuk kenali dia. Jangan main ikut sedap saja nak marah. Dan kau kena ingat bila kahwin dengan dia bukan setakat dia sahaja orang baru dalam hidup kau tetapi keseluruhan keluarga dia juga.
BACA: Kenali Maksud Di Sebalik Jenis Senyuman Lelaki
Kalau boleh janganlah biar pasangan kau seorang diri di dapur. Kena ingat dia itu isteri bukannya orang gaji. Paling tidak pun tolonglah dia pergi beli barang dapur, basuh pinggan atau kemas apa yang patut selepas makan. Satu perkara lagi kena pandai untuk tukar selera makan. Mungkin isteri ada selera dia sendiri, kau pun ada selera sendiri. Apa kata masing-masing saling tukar selera. Usah terlalu keras kepala dan tak menghargai apa yang isteri lakukan.
Dulu masa bujang kau hidup seorang diri bajet makan tak pernah fikir. Bila ada duit boleh makan sedap dan padu. Bila duit takde nasi bujang dan maggi pun jalan. Tapi bila sudah hidup berdua dan tanggungjawab maka kau kena pandai untuk urus kewangan. Bajet makan pun sudah bertambah dan banyak berbeza katika bujang. Belanja kena bijak dan ukur pada pendapatan sendiri. Nak makan mewah macam hotel lima bintang tu boleh tapi biarlah berpada-pada.
Kepada orang yang sudah biasa jadi ketua mana-mana persatuan, sukan atau pertubuhan mungkin tak berdepan masalah sangat walaupun ia sebenarnya dua perkara berbeza. Nak jadi ketua kau harus pandai pilin masa untuk jadi tegas, lemah-lembut, manja dan romantik. Ia bukanlah satu perkara yang senang dan benda ini akan berlaku ikut peredaran masa. Cuma perkara pertama kau perlu belajar untuk jadi ketua keluarga ialah belajar bersabar. Akhir sekali, belajarlah jadi imam dan ajak isteri untuk solat berjemaah. Banyak pahala kau dapat!