Sebagai lelaki, tentu anda inginkan kesempurnaan dalam hidup. Jadi sebelum usia mencecah 35 tahun, anda perlulah ada perancangan agar perjalanan hidup anda berjalan dengan sempurna.

Jangan bertangguh kerana lagi lambat anda mula merancang, lagi susah anda nak capai 5 perancangan ini.

Perkongsian lelaki bernama Harith Faisal ini patut anda jadikan panduan. Bab kata beliau, kalau anda tak dapat juga, anda patut kena menggelabah. Jadi mulakan sekarang!

BACA: 

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

“Kau kena ada 5 ni sebelum 35 tahun.”
“Kalau tak dapat juga kena buat apa?”
“Kau kena menggelabah.”

1. Duduk rumah yang selesa.

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

BACA: Ini Caranya Orang Gaji Bawah RM2300 Nak Beli Rumah Pertama Tahun 2019!

2. Dua rumah untuk pelaburan.

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

Ads

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

BACA: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tanpa Perlu Tunggu Pencen!

3. Simpanan enam bulan gaji.

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

Tapi kalau kau perlukan pinjaman peribadi untuk nak beli rumah dan sebagainya, buatlah pilihan yang bijak. Contohnya di iMoney, sebab kita boleh bandingkan pinjaman yang terbaik dengan lebih mudah dan pantas!

BACA: Tip Simpan RM750 Sebulan Guna Formula 30:60:5:5 Untuk Orang Bergaji RM2500!

Ads

4. Simpanan bulanan tetap.

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

BACA: 9 Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji, Lebih Jimat Masa!

5. Kereta yang memuaskan.

5 Perkara Ini Lelaki Akan Rasa Gelabah, Kalau Belum Ada Sebelum Usia 35 Tahun!

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Ads

BACA: Nak Beli Kereta Baharu? Rujuk 8 Tip Ini Sebagai Pengetahuan Awal!

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak.

Nanti ada orang sentap. Ops! – HF

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.

#harithfaisal

SHARE supaya kau tak lupa pelan ni.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI