Waktu malam adalah masa yang sesuai untuk anda merehatkan tubuh secara keseluruhan agar kembali bertenaga pada waktu pagi.

Namun begitu, trend hari ini menunjukkan ada segelintir masyarakat terpaksa bekerja pada sebelah malam demi mencari rezeki.

Dalam masa sama, tidur malamnya jelas terganggu dan tidur siang pula tidak sesekali sama dengan tidur pada waktu malam.

Sehubungan itu, tubuh anda yang kurang tidur pada waktu malam berkemungkinan besar akan berdepan dengan pelbagai risiko seperti :

IKLAN

1. Lesu yang tidak berkesudahan

Meskipun anda tidur pada waktu siang selepas pulang dari kerja pada pukul 7 pagi, percayalah tidur tersebut sangat tidak produktif.

5 Perkara Yang Mungkin Berisiko Dalam Hidup Anda Jika Kurang Tidur Malam!

IKLAN

2. Senang terganggu

Selain tidur tidak produktif, tidur anda akan terganggu misalnya pada waktu tengah hari untuk makan dan juga menunaikan solat wajib Zohor serta Asar.

IKLAN

3. Cepat marah

Oleh kerana tidur pun tidak cukup, emosi anda senang terganggu dan jika tidak kena masa, anda boleh jadi seseorang yang cepat marah.

4. Otak jadi tepu

Tidur siang dalam tempoh yang lama boleh membuatkan otak anda menjadi tepu. Manakan tidak, anda bangun pada lewat petang hanya untuk bekerja.

5. Risiko untuk maut

Kerana tidur yang kurang produktif, kerja waktu malam juga akan menerima kesannya. Ada sesetengah kes, pekerja waktu malam berdepan dengan maut kerana mengantuk semasa bekerja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI