Tidak dinafikan lelaki ada sikap ego yang tersendiri namun apabila berdepan situasi kurang elok bersama isteri, tidak wajar rasanya si suami terus mahu keras kepala.

Sebaliknya, adalah molek jika suami merendahkan diri buat seketika. Tak jatuh maruah pun, malah anda akan diangkat sebagai suami yang memahami.

Apa-apa pun, ia bergantung kepada situasi kenapa isteri begitu marah kepada anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah seperti :

Ads

1. Bersiap sedia dengan jawapan sebelum ‘diserang’

Sebelum isteri menghujani anda dengan soalan-soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan jawapan yang sesuai. Jangan banyak beri alasan, sebaliknya berikan jawapan dengan penuh yakin. Bagaimana nak dapat jawapan menyakinkan? Pertama, anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.

2. Minta maaf dengan ikhlas

Walaupun bukan anda yang salah, minta maaf dan cakap elok-elok. Seorang lelaki memang susah nak minta maaf apatah lagi jika berasakan bukan dia yang buat salah. Atapun anda buat salah, tetapi tidak berniat melakukan kesalahan tersebut. Minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal atau buat statement yang memarakkan lagi api kemarahan seperti “Yelah you saja yang betul dalam rumah ni.”

Ads

3. Minta maaf tetapi jangan berlebih!

Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu follow up dengan hantar surat ke mejanya di tempat kerja, tulis panjang-panjang di akaun Facebook dan sebagainya. mengapa? Sebab ini akan membuatkan si isteri berasa lagi tertekan kerana rakan-rakan akan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu, suami-isteri. Kamu ingat dengan berbuat begitu kami sweet. Hakikatnya, si isteri boleh jadi lagi marah!

4. Jangan Lepaskan Emosi & Sabar

Jangan terlalu banyak tanya apabila isteri sedang marah. Sebaliknya, anda yang perlu menjawab pertanyaannya dengan tenang apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkanisteri anda dengan perempuan lain bila hati anda sendiri berasa ‘panas’ dan cuba kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri.

Ads

5. Berikan Waktu Berfikir

Ini paling penting. Jangan expect selepas minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Bagi dia ruang dan masa untuk berfikir serta tenangkan kembali perasaan dia. Oleh itu, suami kena bersabar dan jangan anda pula yang bertukar menjadi marah!

Sumber : Boldsky

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI