Bro, kalau pergi tengok wayang sentiasalah ingat bahawa bukan kau seorang sahaja yang bayar tiket. Jangan kerana perangai yang tak semengah boleh mengganggu orang lain untuk enjoy tengok filem.

Seperti mana yang kita tahu, filem merupakan sebuah medium penceritaan yang mampu buat ketawa, menangis, gembira, sedih dan jatuh cinta. Dan pengalaman menonton wayang itu sendiri sebenarnya sangat unik dan berbeza daripada menonton televisyen atau video di komputer atau telefon pintar.

Setiap orang ada sebab berbeza mengapa mereka menonton wayang. Ada yang ingin habiskan masa lapang, aktiviti berpacaran, tak mahu ketinggalan dengan trend dan juga sebagai hobi yang dianggap cukup eksklusif. Tidak kurang juga yang menganggap filem sebagai sebuah karya seni terbaik pernah dicipta oleh manusia.

Disebabkan itulah kita perlu sentiasa ada etika ketika berada di dalam panggung wayang. Pertama sekali kerana kita berkongsi ruang dan layar dengan orang yang tidak kita kenal. Sepanjang tempoh satu jam setengah atau dua jam kita akan sama-sama berada dalam satu ruang untuk menikmati perkara yang sama. Jadi janganlah jadi orang yang tak ada otak buat perkara seperti MASKULIN nyatakan di bawah ni ya.

JAWAB CALL

5 Perkara Orang Tak Ada Otak Lakukan Dalam Panggung Wayang

Ads

Bayangkan ketika korang tengah asyik dibuai dengan jalan cerita tiba-tiba diganggu oleh deringan telefon yang cukup kuat. Lebih menyakitkan hati apabila panggilan telefon itu dijawab dengan suara yang kuat! Janganlah kita jadi orang yang tak ada budi bahasa seperti ini. Tetapkanlah telefon dalam nada senyap atau vibration sahaja. Jika perlu menjawab penggilan kecemasan keluarlah dari dewan panggung dengan penuh hormat.

MAIN HANDPHONE

5 Perkara Orang Tak Ada Otak Lakukan Dalam Panggung Wayang

Ada sesetengah orang yang tak bertamadun mereka suka menggunakan telefon pintar ketika tayangan filem sedang berjalan. Paling tak boleh nak ‘brain‘ ada juga yang main video game! Lebih menyakitkan hati apabila skrin telefon mereka yang cukup terang itu menggangu penglihatan orang sekeliling. Lebih hebat lagi mereka langsung tidak mempedulikan tayangan malah sempat lagi bermain permainan video. Agaknya kenapalah orang seperti ini wujud?

Ads

NAK JADI DJ

5 Perkara Orang Tak Ada Otak Lakukan Dalam Panggung Wayang

Spoiler merupakan satu perkara yang cukup pantang bagi penggemar filem. Malah mereka sanggup mengelakkan diri daripada menggunakan laman media sosial atau membaca sebarang review untuk lari daripada spoiler. Jadi bayangkan ketika sedang menonton kita diganggu oleh perbualan orang berdekatan yang mengulas filem tanpa henti kepada kawannya. Lebih parah apabila dia datang menonton buat kali kedua dan menjelaskan terperinci apa yang akan berlaku. Orang seperti ini selayaknya baik duduk rumah layan drama swasta sahaja!

Ads

BACA: Jangan Panik Bila Suhu Kereta Naik, Ini Yang Perlu Anda Buat

PENANGIH MEDIA SOSIAL

5 Perkara Orang Tak Ada Otak Lakukan Dalam Panggung Wayang

Salah satu ‘virus’ terbaru yangh wujud di kalangan pengguna lman media sosial terutamanya Instagram adalah kecenderungan untuk share semua benda di dalam Instagram Stories mereka. Begitu juga jika menonton filem di panggung wayang. Orang seperti ini suka merakam babak yang berlaku di layar ke IG Stories. Adakah merreka tidak tahu bahawa perbuatan ini merupakan kesalahan dari segi undang-undang?

JENIS TAK TAHAN

5 Perkara Orang Tak Ada Otak Lakukan Dalam Panggung Wayang
cinema, entertainment, leisure and people concept – couple watching movie in theater from back

Ini bukanlah perkara yang berlaku dalam masa terdekat sahaja. Malah ia telah berlaku sejak bergenerasi lamanya sejak industri perfileman diperkenalkan. Menonton wayang merupakan antara aktiviti pasangan bercinta yang paling popular. Amat jarang untuk kita temui pasangan masa kini tidak menonton wayang bersama. Tetapi bagi mereka yang tak bertamadun ini mereka menggunakan suasana gelap di dalam panggung untuk melakukan aksi-aksi bercengkerama yang kebiasaannya berlaku di tempat duduk belakang dan tersorok. Bak kata orang, mereka membikin ‘drama’ sendiri di belakang. Lebih menjengkelkan lagi jika mereka berterusan melakukan adegan sebegitu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI