Seperti selalu kita dengar, anak-anak ini bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan, semasa mereka kecil, mereka memerlukan perhatian daripada kita. Sebagai seorang ayah, anda harus memberikan contoh yang terbaik. Walaupun kebanyakan anak-anak lebih rapat dengan ibu tetapi tahukah anda mereka sebenarnya akan cenderung mencontohi perilaku ayah berbanding ibu. Berikut adalah pesanan paling penting untuk lelaki bergelar ayah

5 Perkara Ini Wajib Lelaki Praktikkan Bila Ada Anak, Barulah Boleh Di Panggil Bapa Mithali.

1. Tunjukkan contoh terbaik depan anak

Anak-anak mudah mengikuti apa sahaja tingkah laku yang mereka lihat. Jadi sebagai seorang bapa, anda seharusnya memberikan gambaran yang baik untuk anak anda. Contohnya anda jangan pula bergaduh dengan isteri depan anak-anak. Tunjukkan kemesraan supaya anak anda sentiasa dihidangkan dengan perkara-perkara positif sahaja.

5 Perkara Ini Wajib Lelaki Praktikkan Bila Ada Anak, Barulah Boleh Di Panggil Bapa Mithali.

2. Sembunyikan tingkah laku negatif depan anak

Ads

Manusia tiada yang sempurna, kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, pastinya mempunyai tingkah laku yang buruk bukan? Sebaiknya jangan sampai anak lihat tingkah laku negatif di depan anak anda. Seperti menghisap rokok, bermain judi, melihat video yang tidak sepatutnya. Anak sedang membesar, anda adalah salah seorang ikon yang bakal diikutinya kelak.

5 Perkara Ini Wajib Lelaki Praktikkan Bila Ada Anak, Barulah Boleh Di Panggil Bapa Mithali.

3. Jangan marah anak sampai tak ingat dunia

Ads

Jika hendak menegur anak, jangan sampai sanggup memukul anak. Anak perlukan sokongan dan juga kasih sayang. Memang anak lebih takutkan ayah berbanding ibunya. Cukup anda menegur dengan cara baik dan tidak perlu naik tangan. Jika anda naik tangan dan memukulnya, anak anda pasti akan mengingatinya sehingga dewasa. Kesan pukulan tidak kekal di tubuh badan, namun kesannya di hati akan diingati sampai bila-bila

5 Perkara Ini Wajib Lelaki Praktikkan Bila Ada Anak, Barulah Boleh Di Panggil Bapa Mithali.

4. Rajin-rajin berbual dengan anak

Ads

Janganlah ayah asyik sibuk dengan kerja dan handphone sahaja. Kalau di rumah layanlah anak bercakap dan bermain. Kadangkala anak takut hendak bercakap atau bergurau dengan ayah sebab ayah terlalu serius dan garang. Tak hairanlah anak lebih senang berbual atau mengadu apa sahaja dengan ibu. Kata pakar sosiologi, anak yang berbual dengan ayahnya akan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berkomunikasi dengan ayah. Jadi, kalau nak anak bijak maka rajin-rajinlah melayan mereka bercakap ya para ayah!

5 Perkara Ini Wajib Lelaki Praktikkan Bila Ada Anak, Barulah Boleh Di Panggil Bapa Mithali.

5. Binalah hubungan rapat dengan anak

Kajian juga menunjukkan anak yang rapat dengan ayah mempunyai akhlak yang lebih baik dan mengurangkan masalah sosial ketika usia remaja. Tentu kita biasa baca kisah anak-anak remaja yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. Kebanyakan mengakui mereka tidak rapat dengan ayah masing-masing. Pendek kata sejak kecil tiada hubungan rapat dan interaksi dengan si ayah. Apabila meningkat remaja, mereka lebih selesa rapat dengan kawan-kawan. Akibatnya mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan tunjuk ajar daripada lelaki bergelar ayah!

Sumber: Ragamanak.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI