Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua insan-insan yang sentiasa berkorban jiwa dan raga demi anak bangsa.
Semoga semangat membara untuk mendidik generasi muda akan terus kuat terpahat dalam hati anda semua.
Ramai lelaki yang mengimpikan untuk menjadikan seorang cikgu sebagai isteri. Namun tak ramai sebenarnya yang faham akan tugas mereka.
Apa yang orang nampak dan anggap ialah cikgu merupakan kerjaya yang senang dan banyak masa terluang. Sedangkan ia adalah perkara yang sebaliknya.
Jadi apa sebenarnya yang anda perlu tahu jika ada angan-angan ingin menjadikan seorang cikgu sebagai isteri.
SEDIA HADAP BILA DIA SIBUK
Ramai orang salah sangka dan anggap bahawa cikgu kerja tak banyak. Kalau ada anggapan itu maka simpan sahajalah niat untuk kahwind engan cikgu. Tugas seorang cikgu pada zaman sekarang memang sangat mencabar.
Bermula dari melangkah masuk kes ekolah sampailah ke rumah, seorang cikgu pasti sibuk. Jadi anda kenalah faham tugas mereka sebagai cikgu.
BACA: Wanita Inginkan Perkahwinan Serba Ringkas, Bajet Kahwin Pun Tak Sampai RM500
JADI SEORANG PENDENGAR YANG BAIK
Jika anda ingin menjadikan seorang cikgu sebagai suri dalam hidup, anda harus ada ciri-ciri sebagai seorang yang sentiasa setia mendengar. Seorangcikgu biasanya akan sentiasa terbuka dalam perbualannya.
Malah mereka juga tidak lokek untuk berkongsi apa jua masalah serta pandangan. Jadi jika anda jadi pasangan mereka haruslah pandai untuk luangkan masa mendengar. Sekali-sekala berilah respons yang boleh mebuatnya berasa lebih bersemangat.
RAMAI ORANG KENAL
Bila menjadi seorang cikgu secara tak langsung hubungan dengan pelajar serta kedua ibu bapa mereka akan terjalin. Selain itu saban tahun dia akan bertukar pelajar. Jadi bayangkan betapa ramai pelajar yang mengenalinya.
Kadangkala pembawaan dirinya sahaja sudah boleh buat orang meneka bahawa dia seorang cikgu. Dan kebarangkalian untuk orang kenal kalau ke mana-mana pun sangat tinggi. Sudah macam artis pun ada.
PANDAI TOLONG KERJA RUMAH
Percayalah, jika anda berkahwin dengan seorang cikgu anda juga perlu berkorban. Dengan kesibukannya menguruskan hal sekolah serta rumah tangga pasti si dia tak menang tangan.
Sebagai suami anda ringankanlah tangan untuk membantunya menguruskan rumahtangga. Apa salahnya bantu isteri di dapur dan mengemas rumah.
UBAH PERSEPSI
Sesetengah orang fikir bila dia berkahwin dengan seorang cikgu, hal-hal berkaitan membesarkan anak-anak pasti menjadi kepakarannya. Namun itu adalah tanggapan yang salah. Cikgu juga manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ubahlah persepsi anda dengan menanggap tugas sebagai pendidik adalah satu kerja yang senang. Ketahuilah bahawa ramai cikgu yang mengorbankan zaman bujang mereka semata-mata ingin berbakti kepada pelajar-pelajarnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI