Kali pertama beraya di rumah calon mak dan pak mertua? Mestilah anda nak beri the best first impression, bukan?

Manakan tidak, kalau boleh biarlah menerusi pertemuan pertama ini calon mak dan pak mertua kita itu sudah tertarik hati.

Jadi, apa perangai yang perlu ditunjukkan untuk membuktikan kita ikhlas berkawan dengan anak mereka dan mahu dijadikan sebagai pasangan hidup?

5 Perangai Bakal Menantu Lelaki Yang Sering Calon Mak & Pak Mertua Perhatikan

Ads

1. Jadi jujur

Tunjukkan diri anda. Tak perlu jadi fake semata-mata untuk meraih pujian. Bukan apa, takut pecah tembelang perangai sebenar anda, terus hilang kepercayaan.

2. Rajin ke dapur

Kalau siap makan, pinggan mangkuk tu bawa-bawalah ke dapur dan cuci sendiri. Percayalah akan ada dialog, “Tak payah susah-susahlah cuci, letak aje kat situ”. Ternyata calon mak dan pak mertua anda mesti kaki tonton drama.

Ads

5 Perangai Bakal Menantu Lelaki Yang Sering Calon Mak & Pak Mertua Perhatikan

3. Imamkan solat

Kalau keluarga si perempuan jenis solat berjemaah, ambil peluang ini untuk jadi imam solat. Paling kurang cuba jadi imam. Bak kata penceramah terkenal, Syamsul Debat, kalau tak confident Maghrib.. jadi imam time solat Zohor (sebab tak perlu baca surah kuat-kuat).

Ads

4. Mesra dengan ahli keluarga lain

5 Perangai Bakal Menantu Lelaki Yang Sering Calon Mak & Pak Mertua Perhatikan

Jika anda mudah mesra dengan ahli keluarga si perempuan yang lain, pastinya takkan ada masalah untuk anda terima keluarga baharu. Lainlah kalau pertemuan pertama pun anda sudah sombong, macam manalah keluarga pihak perempuan nak terima anda.

5. Beli jiwa

Kalau datang berkunjung tu, tak salah belikan sedikit buah tangan. Tak perlu hulurkan duit. Cukuplah kalau beli buah-buahan seperti limau dan anggur untuk dimakan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI