Dalam dunia larian, setiap langkah yang diambil dapat ditingkatkan dengan menggunakan peralatan dan aksesori yang sesuai. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 peralatan dan aksesori penting buat pelari.
Bagi pelari, dari amatur hingga profesional, beberapa peraatan atau aksesori boleh membantu meningkatkan prestasi serta pengalaman berlari.
Berikut adalah 5 peralatan dan aksesori penting buat pelari yang ingin berlari dengan lebih menatap.
Jam GPS Untuk Larian
Aksesori paling penting buat mana-mana pelari pada masa kini. Jam GPS bukan hanya alat untuk menunjukkan masa, tetapi juga penjejak prestasi yang penting untuk setiap pelari.
Jam ini membantu dalam mengukur jarak yang ditempuh, kelajuan, tempo dan juga kalori yang dibakar. Salah satu jam GPS yang baik ialah COROS PACE 3 yang kini dikemas kini dengan Next-Generation GPS. Ia juga hadir dengan hayat bateri lebih lama iaitu kira-kira 38jam pengunaan GPS berterusan.
Ia juga sisokong dengan ciri-ciri seperti pemantauan denyut jantung, analisis tidur, ketepuan oksigen dalam badan dan notifikasi pintar. Penggunaan jam GPS seperti COROS PACE 3 membantu anda sebagai pelari untuk memantau kemajuan latihan secara real-time. Lalu, membolehkan anda melakukan penyesuaian diperlukan untuk mencapai sasaran larian.
Ads
Kasut Larian Berkualiti Tinggi
Memilih kasut larian yang tepat adalah kritikal untuk mencegah kecederaan dan meningkatkan prestasi. Kasut yang dirancang khusus untuk larian harus menyediakan sokongan yang baik, keselesaan, dan ketahanan.
Pelari harus memilih kasut berdasarkan jenis kaki, gaya larian dan jenis permukaan yang biasa dilalui. Kasut yang sesuai bukan hanya meningkatkan prestasi tetapi juga memastikan keselesaan sepanjang sesi larian.
Pakaian Larian Sesuai
Salah satu daripada 5 peralatan dan aksesori yang pentig ialah pakaian larian. Pakaian larian harus ringan dan membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik.
Bahan yang membuang kelembapan dan cepat kering adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan rasa tidak selesa akibat peluh.
Ads
Selain itu, pakaian yang reflektif adalah penting untuk keselamatan pelari yang sering berlari pada waktu malam atau di kawasan dengan penerangan rendah. Pakaian yang tepat tidak hanya memberikan keselesaan tetapi juga menambah elemen keselamatan dalam larian.
Botol Air Atau Sistem Hidrasi
Keperluan hidrasi tidak boleh diabaikan, terutama semasa larian jarak jauh atau di cuaca panas.
Membawa botol air yang ringan atau menggunakan sistem hidrasi seperti kamelbak memastikan pelari kekal terhidrat tanpa mengganggu larian mereka. Sistem hidrasi yang baik memudahkan pengambilan cairan tanpa perlu berhenti atau mengganggu irama larian.
Perlindungan terhadap sinar UV adalah penting, terutama bagi pelari yang berlatih di bawah sinar matahari yang terik.
Penggunaan pelindung matahari, topi, dan cermin mata hitam yang blok UV dapat melindungi kulit dan mata dari kerosakan akibat sinar matahari. Pelindung ini bukan sahaja mengurangkan risiko masalah kulit dan mata, tetapi juga meningkatkan keselesaan saat berlari.
Dengan kelengkapan yang tepat, setiap sesi larian tidak hanya menjadi lebih efisien tetapi juga lebih menyenangkan dan pengalaman larian pun lebih menyeronokkan.
Peralatan dan aksesori ini, termasuk yang penting seperti jam GPS, membantu pelari mencapai tujuan mereka sambil memelihara kesihatan dan keselamatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain bersenam, pengambilan teh kurus juga boleh membantu anda membuang lemak di tubuh. Dengan mengamalkan secawan teh kurus setiap hari mampu membuatkan tahap metabolisme badan kembali aktif.
Malah mengambil teh kurus juga dapat mempercepatkan penurunan berat badan di samping baik untuk sakit tekak dan relaksasi. Anda tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri.
Nah! Ini 5 jenis teh yang sangat bagus untuk kurus dan mengurangkan berat badan. Tapi ingat! Jangan pula minum teh ini dengam gula.
1. Teh hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Biasanya teh ini dihidangkan di restoran Jepun. Ia biasanya disajikan tanpa gula. Kalau dah letak gula banyak, memang tak jadi diet la kan!
2. Teh oolong
Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisme badan. Minum teh ini setiap hari kerana ia dipercayai mampu menurunkan risiko obesiti. Dalam pada masa yang sama, anda juga dapat membentuk badan yang diidamkan.
3. Teh mint
Aroma daripada minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Rasa daun pudina itu sendiri sudah membuatkan anda berasa lega. Ia juga dapat membuatkan anda tak rasa nak makan pun. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, cepat-cepat bancuh teh ini dan hirup.
4. Teh putih
Mesti ada yang tak pernah dengar tentang teh putih. Kajian menunjukkan teh ini membantu untuk menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Jadi, kalau anda semua mahu kekal kurus, banyakkan minum teh putih ini tau!
5. Teh herba
Teh herba tidak mengandungi kafein dan bukan diperbuat daripada daun pohon teh (Camellia sinensis). Sebaliknya teh herba menggunakan daun, kelopak bunga, batang rempah dan juga buah kering daripada tumbuhan. Teh herba yang popular termasuk teh rooibos, teh halia, teh rosehip dan teh bunga raya. Walaupun ramuan teh herba ini berbeza tetapi ia membantu mengurangkan berat badan dan lemak di perut.
Ekstra Info!
Tahu tak anda, jenis kantung teh berbeza untuk waktu pembuatan. Setiap jenis teh mempunyai perbezaan suhu ideal dan waktu pencelupan kantung teh untuk mendapatkan secawan teh yang sempurna. Panjang benang pada kantung teh menunjukkan jenis teh mana yang mempunyai waktu terlama atau tercepat untuk pencelupan kantung teh.
Jadi anda dah tahu kan? Tak ada la bosan sangat asyik minum teh hijau saje kan sebab anda sudah ada pilihan lain yang boleh anda cuba. Selamat berjaya dan mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyanyi legenda, Amy Search baru-baru ini ada mendedahkan berita gembira apabila beliau bakal menjadi ayah sekali lagi di usia 60 tahun. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau mendedahkan isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.
Berita itu dikongiskan oleh Amy sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Meskipun merasa sedih, Amy redha dengan apa yang berlaku dan berharap mungkin hikmah ataupun kemanisan disebalik dugaan ini.
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.
“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.
Penyanyi lagu Issabela itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.
Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.
“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA. AmeenYRA,” luah Amy.
Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Takziah kami ucapkan dan moga Amy Search serta isteri dan keluarga menghadapi dugaan ini,.
Sumber : Instagram Amy Search
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila anda sedang berdiet, anda pasti akan makan makanan yang berkualiti dengan kuantiti yang diperlukan untuk makanan harian anda kan? Adakalanya anda akan makan sedikit berikutan daripada mindset makan sikit, cepat kurus. Tetapi menurut kajian baru dari Penn State University, mereka yang makan makanan sihat dengan banyak akan lebih berjaya menurunkan berat badan berbanding mereka yang makan sikit.
Menurut artikel Men’s Health, kajian telah dibuat kepada kira-kira 100 orang, dua kumpulan salah satu daripadanya maklum akan cara untuk menurunkan berat badan dan mereka ada pengetahuan tentang makanan sihat. Mereka hadir ke makmal sekali seminggu selama empat minggu untuk makan tengah hari. Makanan mereka terdiri daripada tujuh makanan dengan pelbagai kalori yang berbeza, dan saiz portion mereka dihidangkan bervariasi setiap minggu.
Penyelidik mendapati bahawa kedua-dua kumpulan makan lebih banyak makanan apabila pinggan mereka mengandungi lebih banyak makanan, kata kata salah seorang pelajar jabatan sains pemakanan Penn State iaitu Faris Zuraikat. Ini menghairankan, kerana walaupun kumpulan yang terlatih sepatutnya makan kurang, mereka tidak dapat menahan jumlah makanan yang diletakkan di hadapan mereka. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah makanan yang kedua-dua kumpulan makan.
Terdapat lapisan perak, walaupun, katanya. “Mereka yang dilatih dalam saiz portion masih makan kurang kalori berbanding dengan kawalan,” jelas Zurikian. “Dan mereka tidak makan dengan kurang, tetapi dengan makan lebih banyak makanan berkalori rendah dan kurang makanan padat kalori yang tinggi.”
Kajian ini tidak boleh menentukan sama ada mereka-mereka ini boleh menurunkan berat badan ataupun tidak. Walaubagaimanapun, kajian sebelum ini ada mengatakan bahawa makan makanan kurang kalori tapi dengan kuantiti yang banyak boleh mengurangkan berat badan. Makanan berkalori rendah seperti sayur-sayuran boleh membantu seseorang untuk kurang berasa lapar.
Itu kerana mesej “makan lebih banyak” mungkin merupakan pendekatan yang lebih baik apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan. Kajian mendapati bahawa seseorang yang mempunyai kecenderungan untuk makan berat atau makanan yang sangat konsisten, tapi tapi bijak memilih makanan yang rendah kalori.
Sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan kalori dengan memakan makanan yang memuaskan, anda masih boleh menurunkan berat badan. Lelaki benar-benar suka pendekatan ini. Ini kerana lelaki mempunyai kecenderungan untuk makan dengan lebih banyak.
Anda tidak perlu ke kelas untuk tahu tentang semua ini. Perkara yang paling mudah yang boleh anda lakukan ialah membuat perubahan kecil yang menambah perbezaan besar dalam pengambilan kalori harian anda.
Sebagai contoh, ambil sandwic. Pilih roti bijirin untuk lebih banyak serat, elak sos-sos yang mengarut. Anda akan makan jumlah makanan yang sama, tetapi mengambil lebih sedikit kalori tanpa menyedari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.