5 Penyakit Lelaki Selalu Sembunyikan Dan Kini Mengancam Nyawa Mereka!

Share

1.SAKIT BELAKANG SINONIM DENGAN LELAKI

Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf).

Antara faktor punca gangguan sakit belakang berlaku adalah:

-Mengamalkan postur (kedudukan) badan yang tidak betul

-Melakukan aktiviti diluar kebiasaan

-Mengamalkan gaya hidup tidak aktif

 

Ronald Lawrence, Pengasas Persatuan Atlet Amerika Syarikat berkata, sakit belakang boleh dirawat dengan sukan ‘Rock Climbing’. Sukan ini mampu memberi kuasa regangan menyeluruh termasuk bahagian belakang, menambah fleksibiliti tulang bagi mengelak sakit belakang.

Sungguhpun begitu, adalah dinasihatkan untuk melakukan aktiviti sukan ini secara berperingkat dan perlahan-lahan mengikut keupayaan untuk merasai perubahannya tanpa menambahkan risiko kecederaan fizikal yang lain.

2. KANSER PROSTAT PEMBUNUH FUNGSI KELELAKIAN

 

Simptom kanser prostat adalah berbeza-beza bagi setiap lelaki yang mengalaminya. Punca utama wujud kanser prostat dalam tubuh lelaki mungkin disebabkan oleh faktor usia, sejarah keluarga atau paras testosteron (hormon seks lelaki) yang luar biasa.

Kanser prostat merupakan pembunuh dalam senyap, pada peringkat awal menunjukkan simptom masalah kesihatan yang jarang-jarang terjadi. Pada peringkat yang lebih serius, pertumbuhan sel kanser yang semakin membesar akan menekan uretra menyebabkan beberapa gejala tertentu.

ANTARA TANDA-TANDA KANSER PROSTAT

-Aliran keluar air kencing yang tidak lancar atau sukar keluar.

-Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam atau kencing tidak lawas

-Sakit atau pedih semasa buang air kecil

-Sakit semasa atau selepas berlaku ejakulasi (pancutan air mani)

-Keluar darah dalam air kencing atau air mani

3.LELAKI JUGA ‘MABUK’ MENGANDUNG

 

Siapa kata isteri sahaja yang mengalami situasi ‘mabuk’ ketika mengandung? Tahukah anda, lebih 10% lelaki dikesan ‘mabuk’ sepanjang tempoh kehamilan isteri. Kadang kala lebih teruk lagi daripada wanita. Simptomnya lebih kurang sama kecuali perubahan fizikal, iaitu rasa mual, pening, hilang selera makan dan stres.

Kadangkala lelaki juga mengalami tekanan pada bulan ketiga, keenam dan ke-12 selepas isteri melahirkan bayi.

4.79% LELAKI MENGALAMI BUASIR

 

Dianggarkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir. 79% daripadanya adalah lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 60 tahun.

Ramai lelaki yang malu untuk mengakui mengalami buasir pada peringkat awal. Kebanyakannya diketahui apabila sakit telah menjadi serius. Punca utama berlakunya buasir ialah tidak menjaga pemakanan, sembelit yang teruk dan kurang pengambilan air.

5.KE MANA HILANGNYA FUNGSI SEKSUAL SANG LELAKI

 

Masalah fungsi seksual bukan suatu perkara kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah Erectile Disfunction (ED), jangan merasa rendah diri kerana penyakit ini tiada kaitan dengan kelemahan anda sebagai lelaki.Tampilkan diri dengan membuat pemeriksaan doktor.

BERIKUT MUNGKIN PERSOALAN YANG BAKAL DITANYA OLEH DOKTOR PAKAR UNTUK MEMBANTU ANDA:

-Sejarah pembedahan dan kecederaan di sekitar tulang pelvis

-Jenis dan dos perubatan yang anda sedang ambil

-Gaya hidup harian anda seperti kekerapan mengambil alkohol, rokok atau rutin stres

-Menguji kelenjar dan saraf prostat (kemungkinan berlaku kerosakan saraf) dan ujian darah

Jika anda tidak mengalami satu pun masalah di atas. Mungkin anda masih lagi di peringkat bawah umur dan belum mendapat pangkat maskulin. Atau mungkin anda mengamalkan gaya hidup sihat dan belum ditakdirkan untuk mengalaminya. Mudah-mudahan dijauhkan dari segala penyakit dan masalah kesihatan lain.

 

 

 

 

 

Published by
Kim Rahim