5 Penjara & Pusat Tahanan Paling Teruk Di Dunia!

Share

Hari ini kata kunci ‘penjara’ cukup tular di hampir semua laman media sosial terutamanya di negara kita. Ia mungkin bersangkut paut dengan kes berprofil tinggi yang mendapat liputan cukup sensasi.

Kehidupan di dalam penjara pastinya berdepan banyak kekangan dan juga peraturan. Namun mungkin rakyat negara kita bertuah kerana sistem penjara di Malaysia masih lagi baik berbanding di beberapa buah negara lain.

Berikut MASKULIN kongsikan 5 penjara yang di anggap paling teruk di dunia!

Kem 22 di Korea Utara

Foto: The Mirror

Antara salah satu pusat tahanan dipercayai paling teruk di dunia. Kem konsentrasi di Hyoeryong, Korea Utara ini juga dikenali sebagai Camp 22 yang digunakan untuk memenjarakan tahanan politik yang bukan melakukan jenayah, tetapi dilarang menjadi musuh negara.

Bukan itu saja, kerajaan juga akan memenjarakan semua anggota keluarga dan keturunan para tahanan sehingga tiga generasi dianggap bersalah.

Gitarama di Rwanda

Foto: Zee News

Keadaan dalam penjara ini terlalu sesak. Kalau diikutkan kapasiti maksima yang boleh ditampung adalah sekitar 600 orang saja tetapi jumlahnya bukan 1000a atau 2000, ia menempatkan lebih kurang 10 kali ganda daripada jumlah asal yang sepatutnya.

Dilaporkan bahwa tahanan di dalam penjara ini ramai yang menghidap penyakit tetapi tidak diberi rawatan. Akhirnya, tahanan disini mati disebabkan dijangkiti penyakit daripada orang lain.

Bangkwang di Bangkok

Foto: Bangkok Post

Penjara ini awalnya digunakan untuk menahan tahanan asing dan menempatkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati atau dipenjarakan dalam tempoh yang lama.

Terletak hanya beberapa kilometer dari bandar Bangkok, penjara ini antara yang paling ketat di Thailand dan mempunyai sekuriti yang minimum.

Banduan baru dikenakan untuk memakai rantai besi di kaki selama tiga bulan dan pesalah yang tengah tunggu hukuman mati juga kena pakai sehingga hukuman dijatuhkan.

Mereka cuma makan semangkuk nasi dan sup sayur, selebihnya kalau nak makan, mereka kena bekerja.

Penjara Sivil Contonou di Benin

Penjara yang terletak di Barat Afrika ini hanya mampu memuatkan 400 orang, tetapi sebanyak 2,400 tahanan menghuni penjara ini termasuklah lelaki, perempaun dan kanak-kanak.

Oleh kerana terlalu sesak, tahanan terpaksa tidur mengikut syif dan ada diantara mereka yang mati akibat sesak nafas ketika tidur. Ramai juga banduan yang mati akibat penyakit yang tidak dirawat.

Masalah ini bukanlah disengajakan, tetapi ia memang disebabkan oleh kekurangan dan untuk menjaga tahanan di sini.

Guantanamo Bay di Cuba

Foto: Business Insider

Penjara ini diwujudkan untuk menyoal siasat pengganas dan mendapatkan maklumat sulit daripada tahanan. Orang awam jarang sekali dapat kesempatan untuk melihat keadaan di dalam penjara ini, begitu juga pihak media yang terpaksa memenuhi syarat yang ketat sekiranya ingin masuk ke dalam kawasan penjara.

Kebanyakan tahanan terlibat dengan aktiviti jenayah berat dan pihak polis terpaksa melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan informasi daripada mereka. Dilaporkan, banyak penyiksaan yang dilakukan sehingga di luar batas kemanusiaan.

Semoga penjara-penjara ini memberikan keinsaan kepada kita semua dari melakukan jenayah!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim