5 Menu Diet Ini Boleh Bantu Naikkan Otot Perut Anda, Bagi Nampak Lebih Smart Katanya

1266

Selain workout, faktor pemakanan juga antara yang sangat perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja.

Namun begitu bagi memudahkan disiplin anda, Maskulin dengan suka citanya ingin berkongsi 5 tip pemakanan yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang sepanjang masa.

1. Telur

Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center mengemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan memakan telur pada setiap pagi hari kerana telur akan menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.

Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan serta meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuat anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.

2. Buah avocado

Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat serta lemak yang baik bagi jantung. Ditambah pula makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi memerlukan waktu yang agak lama dicerna dalam tubuh sekali gus mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama tanpa harus memakan makanan yang banyak kalorinya.

Kajian juga menunjukkan asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai  jumlah kalori yang sangat tinggi. jadi hadkan pengambilannya dan cukuplah setengah potong untuk setiap hari.

3. Kekacang

Setiap bahagian kacang-kacangan seperti kacang merah dan buncis mengandung protein, karbohidrat kompleks, dan lemak baik. Komposisi yang terkandung dalam kacang-kacang ini dapat menjaga stamina dalam tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kacang-kacang juga baik untuk menjaga gula darah.

4. Yogurt

Gula yang rendah serta kalsium yang tinggi membuat yogurt menjadi makanan yang boleh mengeyangkan untuk jangka masa yang cukup lama. Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuat perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt membuat rasa kenyang bertahan lebih lama berbanding biasa.

5. Sup

Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan individu yang habiskan semangkuk sup ayam boleh dikatakan menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup serta sayuran penuh serat dapat mengurangi keinginan untuk makan berlebihan.