Aaargghh…sudahlah bangun lewat. Lepas itu, dengan traffic jam lagi! Dah sampai pejabat, kena marah pula dengan bos. Nak sedapkan hati, tengoklah akaun bank, dengar cerita gaji dah masuk. Cis kenapa gaji tak masuk lagi ni?. Apalah nasib badan hari ini. Begitulah rintihan seorang teman yang dikenali. Setiap kali hari bekerja, pasti ada sahaja masalah yang timbul. Oh kasihan bukan? Ini kisahnya dan solusi yang boleh anda praktik sekiranya menghadapi situasi yang sama. .
Situasi 1- Bangun Lewat
Bunyi unggas berterbangan dan terik matahari menyilau mata. Lihat pada jam dinding sudah hampir pukul 8 pagi. Rupa-rupanya jam loceng yang anda kunci seperti biasa tidak berfungsi. Bateri mati rupanya. Aduh, apa yang patut dilakukan?
Solusi
– Amalkan untuk merancang waktu kerja anda sebaik mungkin. Elakkan daripada pulang terlalu lewat pada hari sebelum kerana ia akan menyebabkan anda keletihan serta sukar untuk bangun pagi.
– Sentiasalah untuk mengunci jam loceng. Pantau kuantiti penggunaan bateri jam loceng tersebut. Risau jika ia kehabisan akan menyebabkan jam loceng tidak berfungsi dengan baik
– Jangan lupa untuk tinggalkan pesanan kepada rakan serumah (ataupun isteri jika sudah berumah tangga) untuk sentiasa mengejutkan anda pada waktu pagi.
Situasi 2- Kesesakkan Lalu Lintas
Sudahlah bangun lewat, sebaik sahaja keluar rumah, laluan biasa yang dilalui ke tempat kerja sesak dengan dipenuhi kenderaan. Wajah sudah mula merah padam, kata-kata carutan mula keluar berbutir-butir sehingga ‘melekat’ ke cermin kereta. Apa lagi yang boleh dilakukan?
Ads
Solusi
– Pasangkan radio kereta dan dengarlah laporan lalu lintas yang disiarkan di stesen radio tempatan. Ia cukup membantu tatkala anda keliru untuk menggunakan laluan mana yang betul.
– Kekalkan perhatian pada pemanduan dan jalan raya. Jangan menggelabah. Ini hanya akan merunsingkan anda, kelak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
– Sentiasa punya ‘back-up route’. Maksudnya ‘jalan lain’ yang boleh anda gunakan jika berlakunya kesesakan di jalan yang biasa digunakan.
3- Dimarahi Bos
Sudahlah tiba lewat ke pejabat, tiba-tiba sahaja bos panggil masuk ke dalam biliknya. Wajahnya suram. Iklim dalam bilik itu ternyata tidak menyenangkan. Seperti yang dijangka, setiap kata menusuk ke dalam halwa telinga. Makin lama makin berbekas dan semakin berbisa.
Ads
Solusi
– Respons dengan amarah bos anda. Jangan buat tidak tahu sahaja. Mungkin ada sebabnya. Akuilah kesilapan anda dan berjanjilah agar tidak mengulanginya semula.
– Jangan sesekali melawan jika anda tiada ‘point’. Jangan berikan terlampau banyak alasan.
– Selepas dimarahi, jangan berdendam atau mood terus hilang. Cari punca agar anda dapat mengelakkannya di masa hadapan.
4- Gaji Belum Masuk Lagi!
Selepas dimarahi, anda kembali duduk di meja. Nak menyedapkan hati, anda cuba untuk menyemak akaun bank seperti biasa. Namun anda hampa. Rupa-rupanya gaji anda masih belum masuk sedangkan rakan-rakan yang lain sudah mula merancang untuk berbelanja. Apa kes?!
Ads
Solusi
– Jangan gusar, risau atau melatah.
– Ambillah pendekatan dan hubungilah jabatan sumber manusia di pejabat anda untuk mengenal pasti kenapa gaji anda selalu lambat berbanding rakan setugas yang lain.
-Sekiranya ia masih berlaku, anda boleh membuat aduan sama ada meletakkan aduan anda tersebut di peti cadangan ataupun melalui talian dan berhubung terus dengan mereka.
5- Rakan Sepejabat Tidak ‘Sebulu’
Melihat rakan setugas keluar makan tengah hari bersama-sama, anda pula duduk seorang diri. Kononnya ‘jual mahal’ sementara menantikan pelawaan mereka. Sekali lagi anda kecewa. Rupa-rupanya, mereka tidak langsung memandang anda. Sedih bukan?
Solusi
– Jangan jual mahal. Ini bermaksud anda perlu sendiri untuk menegur dan bercakap dengan mereka, walaupun anda lebih senior daripada mereka.
– Sentiasalah positif dan menerima kekurangan diri. Atasi sikap malu dan tidak tebal muka untuk bersikap ramah dengan semua orang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wangian anda akan mendahului anda sebelum anda memasuki sesebuah tempat dan akan berlegar apabila anda telah meninggalkan tempat tersebut.
Oleh itu jangan sebarangan mengambil wangian yang ada di atas almari anda namun sebaliknya cari wangian yang benar-benar menonjolkan personaliti anda yang sebenar.
Anda boleh memulakan dengan lima pilihan yang dicadangkan seperti di bawah.
1. Untuk Mereka Yang Berfikiran Kreatif
Gabungan cili hijau dan vetiver dapat membantu anda untuk kelihatan lebih rileks dan tenang. Manakala bauan daripada teh hijau Cina pula boleh membangkitkan imaginasi dan juga menjana inspirasi.
2. Untuk Mereka Yang Menggilai Golf.
Tiada wangian yang boleh membawa anda dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengunaan jenis wangian yang berasal daripada bauan yang didapati dari sitrus dan rumput boleh memberikan kesegaran pada tubuh dan penampilan anda.
3. Untuk Lelaki Lasak
Bersesuaian dengan imej lasak yang kerap dibawa oleh lelaki, bau-bauan yang dihasilkan dari kulit binatang dan kopi yang dipanggang dapat menonjolkan imej “rugged” seseorang.
Manakala bau-bauan yang berasaskan halia pula memberikan tanggapan bahawa anda jenis yang pembersih.
4. Untuk CEO Yang Berjaya
Gabungan bersesuaian yang terhasil daripada ketiga-tiga bahan iaitu limau mandarin, lemon dan daun mint memberikan bayangan suatu arah baru yang segar.
Dengan ini betapa teruk pun idea yang anda keluarkan tetap akan dianggap sebagai berinovasi.
5. Untuk Lelaki Bujang
Anda tentu ingin memulakan sebuah perkenalan dengan memberikan tanggapan pertama yang benar-benar menyebabkan orang ramai ingin tahu lebih lanjut mengenai anda.
Sedikit bauan mawar dapat memberikan suatu kelainan sambil menyembunyikan sisi lembut seseorang lelaki dengan berkesan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti gadis, mood lelaki juga boleh berubah dalam sekelip mata. Tengah-tengah happy-happy, tiba-tiba tak semena-mena si dia jadi bad mood. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Sebenarnya tidak. Senang je jika kmu faham dia dan dengan mudah dapat mengagak apa yang bermain dalam minda mereka. Teruskan membaca 5 Fakta di bawah adalah jawapannya!
1.Jangan Paksa
Tidak kira nerd, penakut, garang atau jenis yang tak serius-semua lelaki tidak suka dipaksa. Sesetengah lelaki akan bercakap apabila ditanya. Perempuan pula ramai yang jenis suka mendesak dan menyelidik. Cara sebegitu sebenarnya tak menguntungkan kedua-dua pihak. Lelaki ini jenis kalau lagi didesak, lagilah dia akan membisu dan mencari helah. Cara paling baik untuk perempuan memahami lelaki ialah dengan membaca bahasa badan seperti gerak matanya dan perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak daripada segi sikapnya, cuba lihat semula pasti ada sesuatu yang tak kena.
2. Suka Berahsia
Perempuan memang suka berkongsi masalah dengan perempuan lain. Tetapi bagi lelaki, kadang-kadang dengan kawan baik pun dia tak cerita. Penting bagi wanita untuk tidak memaksa lelaki bercerita tentang masalahnya. Cara paling baik ialah berbual tentang perkara lain, sehinggalah dia sendiri yang bercerita tentang permasalahan tanpa perlu ditanya.
3. Mudah & Tidak Kompleks
Jika anda sudah berkahwin dan ingin suami menolong sebarang jenis kerja yang dirasakan perlu, minta saja dia tolong. Majoriti lelaki tidak kompleks dan perempuan hanya perlu berterus-terang dengan mereka. Tak perlu berkias-kias kerana orang lelaki ini jenis straight forward. Katakan saja pada mereka apa yang anda mahu.
4. Lelaki & Ego
Kebiasaannya, lelaki ini ego dalam dua keadaan. Di rumah dan di pejabat. Orang perempuan kena banyak bersabar dan ‘layan ‘ sahaja ego mereka apabila lelaki berasa senang hati dengan tingkah laku dirinya itu, semua orang di sekeliling akan mendapat faedah, termasuklah orang yang dia sayang.
5. Lelaki Suka Membisu
Perempuan memang tiada masalah bercakap tentang sesuatu hal yang sensitif walaupun perkara itu sudah berlalu. Namun, tidak bagi lelaki. Apabila semakin berat masalah yang ditanggung, dia semakin membisu. Ini disebabkan dua faktor. Pertama, samada dia tidak mahu menyusahkan pasangannya atau dia memang tidak pandai meluahkannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap umat Islam sama ada lelaki atau perempuan wajib menjaga batasan aurat yang telah ditetapkan oleh syarak. Seperti mana yang kita semua sudah maklum, aurat perempuan meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, manakala aurat lelaki wajib ditutup di antara pusat dan lutut.
Disebabkan sedikit kelonggaran pada lelaki untuk menutup bahagian aurat mereka, ada yang menunaikan solat dengan memakai baju tanpa lengan atau tidak berbaju.
Soalan ini telah mendapat perhatian Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau menjelaskan bahawa solat dengan memakai singlet atau baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju hukumnya adalah makruh, namun sah solatnya.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”
Imam Al-Tabari rahimahullah di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Wallahu a’lam.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua ketika menunaikan solat nanti.