Ramai yang memilih untuk menaiki eskalator ketika ini untuk naik ke aras lain kerana ia disifatkan lebih praktikal, jimat waktu dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Tetapi anda juga perlu tahu bahawa jika anda memilih untuk menaiki tangga, banyak manfaat yang akan ada terima terutamanya untuk tubuh badan anda :
1. Membakar kalori
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
2. Menurunkan risiko strok
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
3. Menyihatkan jantung
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
4. Menguatkan otot
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
5. Melawan kemalasan
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan perasaan malas.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sakit Perut Boleh Ganggu Prestasi kerja Bila Di Pejabat, Guna Bahan Ini Untuk Redakan Kesakitan
Bayangkan, hari ini anda ada mesyuarat penting di pejabat melibatkan hala tuju syarikat dan boleh membuatkan anda naik pangkat, tetapi tiba-tiba sakit perut. Memang boleh ganggu fokus dan persediaan untuk membuat presentation. Jadi cuba guna bahan-bahan mudah ini untuk hilangkan sakit perut ketika di pejabat.
Menerusi entri ini, MASKULIN ini berkongsi 14 bahan yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan sait perut terutamanya ketika di pajabat:
1. Halia
Semua orang sedia tahu bahawa halia merupakan ejen pembuangan angin yang berkesan. Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut. Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal.
Jadi, jika anda mendapati perut anda terasa berangin dan kembung selepas anda mengunjungi rumah terbuka rakan anda, cepat-cepat buat teh halia supaya angin yang mula bertukar menjadi ribut dalam perut dapat dikeluarkan segera.
BACA: Agak-Agak Boleh Ke Hidup Sampai 100 Tahun? Boleh, Ada Cara-Cara Yang Anda Kena Ikut
2. Teh herba chamomile
Teh herba kamomil sudah lama digunakan sebagai bahan pelega untuk sakit perut. ini kerana sifat kamomil yang sejuk dan beralkali dapat mengawal kadar keasidan dalam perut yang melampau dan menyebabkan kesakitan. Seperti halia, kamomil bukan sahaja enak diminum dalam campuran teh.
3. Serbuk penaik
Jika anda seorang yang tidak kisahkan rasa yang kurang enak demi mendapatkan kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid. Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati.
Jika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut.
4. Jintan hitam
Minyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya. Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai bahan pelega perut anda. Anda boleh:
- Telan jintan hitam
- Hancurkan jintan hitam dan buat teh
- Kunyah jintan hitam itu terus
5. Cuka epal
Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa. Cara untuk makan cuka sider ini mudah sahaja. Hanya perlu:
- Masukkan satu sudu besar cuka sider epal ke dalam secawan air.
- Tambah satu sudu besar madu.
- Minum air ini 2-3 kali sehari untuk kelegaan segera.
6. Daun jambu batu
Daun jambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan sakit perut. Caranya:
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
7. Akar bunga matahari
Akar bunga matahari juga boleh menghilangkan sakit perut dengan cepat. Caranya keringkan akar bunag matahari. Ambil sedikit akar bunga matahari kering dan masukkan ke dalam segelas air panas seperti membancuh teh. Minum apabila air tadi suam.
8. Daun cermai
Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun cermai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.
9. Bawang merah
Petua lain untuk menghilangkan sakit perut ialah dengan menggunakan bawang merah. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri. Rasa sakit perut akan hilang.
10. Buah Kapulaga
Buah kapulaga bukan sahaja sedap dimakan malah boleh membantu menghilangkan sakit perut. Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebus kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, buahnya dimakan.
BACA: Ketika Di Pejabat, Kita Pasti Akan Rasa Mengantuk, Ini 8 Cara Untuk Kembali Segar
11. Petua menghilangkan senggugut
Sekiranya anda sakit perut disebabkan oleh senggugut, anda boleh amalkan petua berikut:
- Banyakkan senaman terutamanya sebelum datang haid
- Elak terlalu stress
- Makan suplemen yang kaya dengan vitamin E, asid Omega 3, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium
- Ambil suplemen herba seperti Fennel yang boleh mengatasi masalah cramp sewaktu period
12. Petua menghilangkan sakit perut akibat stomach flu
Antara simptom anda terkena ‘stomach flu’ adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam. Sekiranya anda terkena stomach flu:
- Banyakkan minum air terutamanya air pembekal tenaga untuk mengelakkan dehidrasi
- Makan makanan yang mudah hadam seperti biskut, roti bakar, pisang dan nasi
- Elak makan makanan pedas dan berlemak, produk tenusu dan mengandungi kafein
- Dapatkan rehat yang secukupnya
- Basuh tangan dengan kerap sebelum memegang benda dalam rumah untuk elakkan berjangkit
13. Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan anda sakit perut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh sembelit, amalkan:
- Masukkan banyak fiber dalam diet seharian
- Minum air dengan banyak
- Banyakkan senaman
- Ambil suplemen herba seperti Flaxseed untuk mengurangkan sembelit
14. Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung
Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh kembung, amalkan:
- Minum banyak air kosong
- Kurangkan minum air gas dan minuman manis
- Elak makan sayur-sayuran yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
- Kurangkan makan makanan tinggi lemak
- Makan perlahan-lahan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan
- Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda lactose intolerant
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Buncit Lebih Cepat Mati?
Mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.
Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.
“Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
“Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita,” katanya.
Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.
Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mula Dengan Angan-Angan Melihat Undertaker, Ayez Shaukat Kini Pelopor Gusti Profesional Malaysia
Bermula dengan sekadar angan-angan seorang kanak-kanak melihat ahli gusti profesional Amerika Syarikat (AS) menerusi kaca televisyen, Ayez Shaukat kini berjaya bergelar sebagai ahli gusti profesional hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan belum wujudnya industri gusti di Malaysia ketika dia bermula dahulu, kegigihan Ayez Shaukat merealisasukan angan-angannya itu sekaligus menjadikannya pelopor industri gusti profesional di negara ini.
Ayez mengakui usahanya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkembangan baik dari usahanya dapat dilihat hanya selepas lebih 10 tahun.
Cita-cita Ayez sudah pun ditetapkan dalam perancangan hidupnya sejak kecil lagi disebabkan begitu minat menonton rancangan gusti dari luar negara yang disiarkan di kaca televisyen tempatan.
“Semua kenal siapa Stone Cold, siapa The Rock, siapa Undertaker semua. Jadi saya salah seorang yang tengok gusti daripada zaman itu dulu dan memang rasa obsess,” ujarnya kepada Maskulin
“Jadi memang daripada kecil dah memang tetapkan dalam otak saya nak jadi seorang ahli gusti profesional”.
Kini, Ayez bukan sahaja sudah mempunyai pengalaman bergusti bersama syarikat gusti profesional seperti Ohio Valley Wrestling (OVW) dan Reality of Wrestling (ROW), dia juga berjaya muncul di kaca televisyen AS bagi sukan itu.
Ahli Gusti Ialah Penghibur, Pencerita
Sebagai seorang ahli gusti profesional, Ayez tidak menafikan yang sukan itu merupakan satu bentuk hiburan sukan.
“Memang betul gusti ini adalah berlakon, berskrip. Kita (ahli gusti) tidak pernah cuba tipu kalian pun. Saya seorang penghibur, seorang pencerita.
“Gusti ialah hiburan sukan. Saya tak kisah orang nak kutuk ke sebab selera orang berbeza-beza. Ada yang minat, ada yang tak minat,” tegas Ayez.
Seperti sukan yang lain, gusti juga tidak terlepas dari sebarang risiko kecederaan.
Antara kecederaan yang telah dialami oleh Ayez termasuklah terkehel lutut kiri dan kanannya.
Selain bergiat aktif dalam sukan gusti profesional, Ayez juga seorang penggiat industri perfileman Malaysia.
Ayez merupakan seorang pengarah, pengarah aksi serta pelakon aksi.
Antara projek akan datang yang Ayez terlibat adalah seperti “Kahar: Kapla High Council” dan juga “Takluk: Lahad Datu”.
Bekerja di dalam dua industri ini, Ayez menyimpulkan yang menjadi seorang ahli gusti profesional tidak jauh berbeza dengan seorang pelakon lagak ngeri.
Yang membezakannya adalah, aksi ahli gusti dilakukan secara langsung, spontant, tanpa cut dan suntingan.
BACA: Adli Goldenboy, Juara WBC Asia Continental Kongsi Pengalaman Perit Berlatih Tanpa Jurulatih
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI