5 Makanan Untuk Pulihkan Otot Selepas Berlatih Di Gimnasium

Share

Setiap kali selepas melakukan senaman, anda mesti penat dan hilang tenaga kan? Untuk kembali fokus dan meneruskan pekerjaan anda, anda perlu pulihkan tenaga secepat mungkin untuk anda terus bersemangat.

Apa yang anda ambil setiap kali sebelum anda memasuki gym, angkat berat, atau lakukan amalan yoga secara langsung memberi kesan terhadap prestasi senaman anda, tetapi makanan yang anda ambil sebelum melakukan senaman tidak penting bagi program senaman anda. Sebenarnya, yang paling penting adalah makanan yang anda ambil selepas senaman.

Individu yang makan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat dalam masa satu jam selepas senaman akan kembali pulih dengan lebih cepat berbanding mereka yang skip makan selepas senaman keseluruhannya.

1) Biji Chia

Benih jenis ini adalah ‘kuasa besar’ yang padat dengan nutrien untuk otot, otak, dan pencernaan anda. Ia secara khususnya berguna untuk pemulihan selepas senaman kerana mengandungi asid lemak omega-3 yang berasaskan tumbuhan.

Kebaikan:

Asid lemak omega-3 yang ditemui dalam biji chia telah menunjukkan bahawa ia membantu untuk meningkatkan pemulihan selepas senaman dan juga di dalam mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Selain itu, ia kaya dengan serat dan antioksidan yang mana dapat mengurangkan keradangan dengan menurunkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Biji chia juga merupakan sumber kalsium, magnesium, kalium, yang dapat membantu menjaga tulang anda dalam kesihatan yang optimum.

2) Ubi Keledek

Keledek boleh membantu anda pulih dengan lebih cepat selepas senaman kerana ia kaya dengan sebatian dan antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan di dalam sel. Banyak nutrien yang terdapat dalam ubi keledek yang juga penting untuk memulihkan elektrolit dalam badan. Ia adalah kalium, magnesium, dan Vitamin C. Selain itu, ubi keledek juga mengandungi Vitamin B6 yang membantu memulihkan tenaga dan meningkatkan kesihatan otak.

3) Plain Yogurt, Tanpa Lemak

Yogurt kaya dengan enzim, protein, kalsium, magnesium, Vitamin D dan B12 yang menjadikan ia satu makanan yang amat padat dengan nutrien, khusus untuk pemulihan selepas senaman dan kesihatan tulang. Elakkan mengambil jenis yogurt yang banyak gula tambahan atau lemak, dan utamakan yang kosong, tanpa lemak sebagai pilihan yang terbaik.

4) Oat

Oats membantu merangsang pemulihan selepas senaman untuk beberapa sebab. Pertama, ia rendah glisemik jadi oat tidak akan menyebabkan tahap-tahap insulin tinggi yang boleh menjurus kepada keradangan dan kencing manis. Kedua, oat kaya dengan kasium, magnesium, zat besi dan kalium yang diperlukan oleh otot anda untuk fungsi optimum dan memelihara tulang anda.

Oat juga satu sumber protein dan serat yang baik dan boleh menghilangkan rasa lapar selepas senaman anda. Serat ditemui dalam oat, dikenali sebagai ‘beta-glucan fiber’, juga digunakan khusus untuk mengurangkan kolesterol tinggi dan improve

berat badan sepanjang masa.

5) Zucchini

Zucchini kaya dengan Vitamin C, kalium, air, dan serat. Ia merupakan satu makanan yang sangat baik untuk mengembalikan glikogen dalam badan tanpa perlu mengawal tahap insulin, tetapi ia juga mudah untuk dicerna dan juga menghidratkan. Zucchini juga merupakan makanan yang enak untuk dimakan selepas senaman jika anda sedang mencuba untuk mengelakkan starchy carbs, dan ia juga mampu mengenyangkan anda sehingga dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Published by
Kim Rahim