5 Langkah Terbaik Kekalkan Motivasi Diri Agar Tak Putus Asa & Terus Bersenam

1215

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Jadi setiap orang akan ada pembawaan hala tuju hidup masing-masing.

Bagi penulis sendiri ini perkara yang berlaku dalam hidup. Suatu ketika dahulu memang sangat rajin untuk bersenam dan melakukan aktiviti larian.

Apatah lagi ketika zaman masih bujang. Memang banyak aktiviti melibatkan senaman dan sukan dilakukan. Namun dengan kesibukan (ya, ini alasan biasa) serta kesuntukan masa (ini juga alasan) aktiviti senaman semakin dipinggirkan.

Bila sudah dipinggirkan badan pun telah naik sedikit demi sedikit Dan kini diri seakan sudah redha dengan apa adanya.

Tapi tahukah anda bersenam dan melakuan aktviti menyihatkan tidak pernah ada tarikh luput! Anda boleh mula semula pada bila-bila masa sahaja.

Jadi bagaimana untuk anda kembalikan semangat semula untuk kembali bersenam? Jom MASKULIN kongsi 5 tip yang boleh anda ikuti!

JANGAN TANGGUH

Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.

BACA: 10 Tip Untuk Lakukan Aktiviti Jogging Sepanjang Hari

CATAT SASARAN ANDA

Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.

Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.

BUAT PERANCANGAN BAIK

Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.

Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.

MULA PERLAHAN-LAHAN

Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.

Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!

DISIPLIN DIRI

Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.