Masih ramai lagi yang suka-suka hendak mengambil steroid. Tak sabar hendak kelihatan besar dan cantik luaran. Dengan steroid yang kini seolah-olah gula-gula di pasaran, mudah didapati. Mungkin ramai yang tidak tahu, di Malaysia sendiri pun banyak kes yang dilaporkan disebabkan penggunaan steroid. Antara kes yang rasanya ramai tahu, seorang meninggal di dalam kereta di sekitar Kuala Lumpur, atau mungkin seorang lagi yang agak bernama, meninggal selepas balik daripada latihan, dengar cerita urat berdekatan dengan kepala meletup kerana tekanan. Terlalu banyak kes tekanan darah tinggi dilaporkan disebabkan steroid anabolik. Kes saraf, dan jantung, rasanya ramai yang tahu siapa dan sebagainya.
Steroid yang dimaksudkan di sini bukanlah prednisolone, corticosteroid, dexamethasone atau calamine lotion, tetapi ianya merupakan Anabolic Steroid, seperti nandrolone, deca-duraboline, equipose, testosteron dan lain-lain untuk mensadokan lagi seseorang itu.
Pertamanya, adakah steroid ini berkesan?
Ianya memang berkesan, dengan cara mempercepatkan pemulihan muscle microfibre
yang putus, meningkatkan lagi keagresifan seseorang dan menaikkan semangat dan motivasi untuk menjadi lebih gila dan kuat di gim ibarat Hulk. Ianya berkesan, dan saintis telah berbalah antara satu sama lain sama ada ubat ini baik ataupun tidak. Bagaimanapun, apa-apa treatment pasti ada kesan sampingannya, walaupun ianya sangat berkesan untuk mensadokan seseorang, namun adakah ianya berbaloi untuk ditanggung?Pengguna boleh berubah tingkah laku menjadi sangat agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?
1. Lumpuh
Perlu anda tahu bahawa steroid di ambil secara intramuscular injection (ada juga yang oral), iaitu tusukan jarum di bahagian punggung. Kebanyakan pengguna steroid mengambilnya secara rahsia, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk mencucuk sendiri di punggung mereka.
Selain itu turut membawa kesan kerosakan pada buah pinggang paling mungkin berlaku apabila pengguna steroid ada tekanan darah tinggi.
2. Testosteron
Bila seseorang itu mengambil testosteron, dan kadar testosteronnya terlalu tinggi dalam badan, badan kita akan ada dua reaksi; pertama, testosteron terlebih itu akan di metabolisma oleh hati kita menjadi estrogen, dan yang kedua, testikel seseorang itu akan mengecil (boleh diubati) kerana fungsi testikel adalah menghasilkan testosteron, dah bila terlalu tinggi testosteron yang berada dalam badan, ia akan berhenti berfungsi.
Estrogen yang tinggi menyebabkan seorang lelaki itu bersifat lebih feminin, seperti mudah sensitif dan agak lembut. Bahagian payudaranya juga akan membesar, bukan kerana otot, kerana stimulasi tisu payudara oleh estrogen – silap-silap boleh menyusukan anak lagi.
Mereka pandai untuk mengambil tamoxifen, iaitu ubat anti-estrogen selepas mengambil steroid, namun, tanpa garis panduan yang sebetulnya, dos yang diambil selalunya tidak cukup untuk menangkis kesan testosteron yang tinggi.
Dan yang lebih teruk adalaha roid-rage, iaitu sikap terlalu agresif, biasanya akan menjejaskan hubungan suami isteri atau dengan kawan-kawan akibat terlalu agresif.
3. Peningkatan LDL
Peningkatan LDL secara mendadak, iaitu kolesterol berbahaya dan HDL menurun. Itulah sebabnya anda lihat ramai peninju mat salleh, mahupun ahli bina badan mati pada waktu muda akibat serangan jantung.
Selain itu, amaran kotak hitam untuk deca-durabolin ialah ianya boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, dan menukar hati kepada sista berdarah, iaitu nanah yang dipenuhi darah dalamnya, kadar kematian adalah 100%.
4. Depresi
Selepas seorang itu berhenti mengambil steroid, (steroid biasanya satu pusingan 10 minggu, dan rehat beberapa minggu, kemudian diteruskan lagi 10 minggu dan seterusnya), kadar testosteron akan turun mendadak. Ini menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami depresi.
Contoh terbaik adalah seorang pelajar di Amerika Syarikat yang star lah dalam sukan besball, tapi orang tak tahu dia ambil steroid. Setelah dia berhenti, dia membunuh diri taktala kerjayanya berada di waktu kemuncak.
5. Benarkah itu steroid?
Jika anda nak menjadi pelari pecut, cucuk, dan berlatih seperti pelari pecut, badan anda akan mengadaptasi untuk menjadi pelari pecut. Begitulah sekiranya anda ingin menjadi ahli bina badan, pemain ragbi dan lain-lain (bukan untuk anda yang ingin menjadi juara catur, mahupun dam haji).
Senang kata, tiada satu pun garis panduan bagaimana untuk mengambil steroid, yang ada di internet hanyalah berdasarkan pengalaman orang yang pernah menggunakannya.
Dan ubat ini dicipta untuk menolong pesakit yang mempunyai kekurangan hormon, kandungan yang diambil sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan rejim yang tertulis di internet.
Fikir-fikirkanlah!