Apabila bulu hidung tumbuh terlalu panjang sehingga terkeluar, orang di sekeliling akan memandang anda sebagai seseorang yang tidak tahu menjaga kebersihan diri.
Anda perlu menjaga kebersihan diri dan merapikan penampilan diri untuk membuatkan orang lain selesa untuk mendekati anda.
Namun begitu, jika teknik mahu merapikan bulu hidung itu dilakukan dengan cara yang salah, anda mungkin berdepan dengan beberapa risiko yang anda tidak tahu.
Hal ini kerana setiap anggota tubuh memiliki fungsi yang sangat penting ntuk kelangsungan hidup seseorang manusia itu termasuklah bulu hidung.
Bulu hidung berfungsi menapis udara yang masuk menerusi bulu-bulu halus yang terdiri dari vibrissae dan mikroskopik silia.
Vibrissae dan mikroskopik silia berperanan menyaring lendir serta kotoran berbahaya agar tidak masuk ke dalam saluran pernafasan.
Sehubungan itu, ada caranya untuk merapikan bulu hidung seperti mengguntingnya dan jangan sesekali mencabut bulu hidung anda kerana ia boleh menyebabkan :
1. Jangkitan
Jika anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan, anda harus membersihkan tangan anda terlebih dahulu. Jika tidak, bakteri atau kuman mungkin boleh masuk menerusi folikel bulu hidung yang sudah terbuka seterusnya menyebabkan jangkitan pada kawasan sekitarnya.
2. Jangkitan otak
Kawsan sekitar mulut dan hidung memiliki saraf yang berhubung secara terus ke bahagian otak. Di kawasan tersebut juga, pembuluh darah berkongsi darah dari hidung serta darah dari otak. Dalam erti kata lain, jika hidung anda terkena jangkitan, tidak mustahil ia boleh merebak sehingga ke otak.
3. Pendarahan hidung
Mencabut bulu hidung secara paksa ada kalanya mengenai pembuluh darah. Walaupun ukurannya sangat kecil, ia tetap boleh menyebabkan pendarahan.
4. Jerawat
Kenapa jerawat tumbuh di muka? Jawapannya mudah. Kalau anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan yang tidak dibersihkan, wajah anda akan membiakkan jerawat kerana kawasan kulit anda dijangkiti bakteria yang masuk menerusi folikel bulu hidung yang dicabut.
5. Rongga hidung rosak
Rongga hidung boleh rosak sekali gus menyebabkan anda rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi selepas anda mencabut bulu hidung. Kerosakan selepas mencabut bulu hidung ini boleh menyebabkan luka kecil, bisul kecil, lendir yang sudah menjadi kerak di dalam lubang hidung anda sukar dihilangkan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI