Apabila anda membuat plank dengan cara yang betul, ia dapat membaiki postur tubuh badan dan membuatkan perut rata.
Menurut Profesor Stuart McGill dari University of Waterloo, Kanada, “semakin lama” itu tidak bererti “semakin baik”.
Jadi untuk mendapatkan manfaatnya, cukup dengan menahan posisi plank selama 10 kiraan dan elak menahan posisi plank dalam tempoh yang lama.
Bagaimana membuat plank? Caranya mudah, luruskan badan dan pandang ke bawah. Nampak relaks tetapi pastikan anda mengawal core dan posisi plank anda.
Walaupun nampak mudah, namun tahukah anda, ada lima kesalahan utama yang orang sering lakukan ketika buat membuat plank.
Dan ini antaranya;
Artikel berkaitan: Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Artikel berkaitan: Senaman Tabata 4 Minit Untuk Membakar Kalori, Sesuai Untuk Beginner & Intermediate
Jika anda menahan nafas, anda akan mengehadkan dan menyekat oksigen dari masuk ke dalam badan, sekali gus tidak memberi apa-apa manfaat pada tubuh badan. Oleh itu bernafaslah seperti biasa.
Ia akan memberikan stres pada bahagian leher. Jadi, pandang atau lihat ke bawah agar leher anda tidak tertarik atau dalam keadaan neutral.
Menurunkan punggung juga merupakan satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan ketika plank. Walaupun ia lebih mudah, sebenarnya cara ini tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang selari dengan tubuh badan.
Pastikan posisi badan anda tidak terlalu ke hadapan atau ke belakang ketika plank. Pastikan lengan anda berbentuk L (siku selari dengan bahu) untuk menampung badan dan merasakan tekanan ketika anda melakukan lank.
Berikan ruang di bahagian tangan tapi jika anda ingin menggenggam tangan, tiada masalah kerana ia akan memudahkan lagi senaman ini. Harus diingatkan juga, jangan jadikan tangan anda sebagai tempat untuk anda merehatkan dahi. Untuk kaki pula, ikut kesesuaian pada gaya plank anda.
Subscribe dan tonton video fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN