Beberapa Contoh Kesalahan Utama Kaki Gym Lakukan, Antaranya Biar Perut Kosong

Share

Mengapa ramai orang lebih cenderung dan selesa untuk bersenam di gimnasium? Setiap orang pastinya ada sebab mereka yang tersendiri.

Namun MASKULIN yakin antara sebab utama ialah keselasaan yang ditawarkan oleh gimnasium. Malah ia juga lengkap dengan pelbagai kelengkapan bersenam yang boleh membantu anda melakukan senaman.

Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman juga merupakan antara faktor utama mengapa ramai memilih untuk bersenam di gimnasium.

Apa perasaan anda jika sudah kerap bersenam di gimnasium tetapi hasil yang anda perolehi tidak sepeerti yang diharapkan. Apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja. Tapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri adakah anda melakukan senaman dengan betul?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab anda mendapat hasil yang baik bila bersenam.

Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.

Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.

SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG

Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.

BACA: 5 Jenis Senaman Terbaik Untuk Dapatkan Otot Mantap

TAK WARM UP

Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.

TAK KONSISTEN

Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.

TAK JAGA MAKAN

Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.

TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT

Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Published by
Farizul Izwany