5 Kesalahan Berfesyen Lelaki Kurang Tinggi, Buat Korang Nampak Bertambah Pendek

Share

Anda lelaki dengan ketinggian bawah 5’8″ dan rasa pakai apa sahaja tak kena? Entri ini memang untuk anda. Kami akan ajar anda berfesyen cara mudah untuk tampil konfiden depan orang ramai.

KESALAHAN:

  1. Pakai baju dengan corak melintang. Memang ‘pantang’ untuk lelaki pendek. Corak melintang membuatkan anda nampak bertambah ‘katik.’
  2. Pakai kasut tapak tinggi atau tebal untuk ‘acah-acah’ jadi tinggi.Ia tak membantu langsung, malah orang mungkin lebih fokus kepada kasut anda daripada diri anda sendiri.
  3. Pakaian besar dan longgar is a definite no-no. Ada dua keburukan: Ia akan buatkan anda kelihatan seperti kanak-kanak pakai baju orang dewasa atau pemain bola sepak liga semi pro awal 90-an!
  4. ‘Bela’ rambut panjang. Lelaki pendek sangat tak sesuai berambut panjang.
  5. Pakaian warna terang-ia menampakkan fizikal yang yang pendek dengan lebih ketara.
  6. Pakai jaket dua lapis untuk kelihatan cool.

YANG BETUL:

  1. Pilih saiz yang ‘ngam-ngam’ dan rasa selesa bila dipakai. Jangan pakai baju terlampau ketat sebab anda akan nampak lebih ‘halus.’ Dahla pendek halus pulak tu.
  2. Sut tak menjamin anda kelihatan segak. Tapi kalau nak pakai juga pastikan anda pilih corak yang menegak dan bersaiz kecil.
  3. Hati-hati dengan aksesori yang dipakai. Kalau pakai tali leher, pilih tali leher yang kecil dan ringkas macam skinny tie.
  4. Bila keluar berjalan pakai jaket, pastikan jaket itu mempunyai satu atau dua butang sahaja. Nampak lebih steady. Jaket banyak butang hanya sesuai dengan mereka yang tinggi.
  5. Bila pakai baju T, pilih yang leher berbentuk V.
  6. ‘Berkawan’ dengan butik atau kedai pakaian yang tak kedekut beri nasihat dan lakukan sedikit perubahan pada pakaian anda. Antaranya Gap, Banana Republic, Levi’s dan H&M. Pergi tempat-tempat macam ni-mereka boleh nasihatkan apa fesyen yang sesuai untuk susuk tubuh anda.

 

 

Published by
Ruziana Zainal