“Lagu berusia, lagi banyak santannya!

Mungkin ayat di atas tiu sudah biasa kita dengar bila berbicara tentang seorang lelaki matang yang masih belum berkahwin.

Tapi betul ke makin lama, makin banyak ‘santannya’?

Satu perkara perlu kita terima ialah jodoh itu di tangan Tuhan. Ia adalah perkara yang sudah menjadi ketetapan dari-Nya. Ada yang kahwin awal dan ada juga ditakdirkan untuk kahwin sedikit lambat.

Tapi ramai wanita yang tidak tahu sebenarnya memilih pasangan berusia 35 tahun ke atas ada kelebihannya. Jangan ingat orang muda dengan usia 20-an sahaja ada tarikan mereka. Ramai lelalki matang ini punya kehebatan mereka tersendiri!

Ads

1. LEBIH MATANG

Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar dan rasional membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

Kelebihan Wanita Akan Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas

2. LEBIH BERJAYA

Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan kerana faktor material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya.

Ads

BACA: 6 Sebab Mengapa Semakin Ramai Lelaki Suka Wanita Berusia

3. PENGALAMAN LUAS

Ini mungkin untuk lelaki yang bergelar duda. Ramai wanita berpendapat lelaki seperti ini mempunyai ‘pengalaman’ yang sangat luas. Jadi kalau nak bercakap tentang kebolehan tu memang tak dapat dipertikaikan lagi. Tambahan pula kini sudah wujud pelbagai ubat yang bantu merangsang libido lelaki berusia.

Kelebihan Wanita Akan Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas

Ads

4. MELUASKAN SUDUT PERSPEKTIF

Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dikaitkan dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara anda menilai sesuatu perkara.

Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahannya dahulu, anda secara tidak langsung akan lebih banyak bersabar dan lebih memahami bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama-sama orang berusia.

Kelebihan Wanita Akan Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas

5. MENGHARGAI HARI-HARI YANG MENDATANG

Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak akan ada bersama anda selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebenarnya.

Kelebihan Wanita Akan Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI