5 Kegunaan Baking Soda Untuk Penjagaan Badan Lelaki, Siapa Sangka Ada Banyak Gunanya!

Share

Bila kita sebut baking soda pastinya minda akan terus menerjah kepada kek atau biskut. Ia merupakan bahan yang menjadi pelengkap dalam juadah makanan tersebut.

Baking soda atau nama saintifiknya Sodium Bikarbonat merupakan komponen bahan kimia yang boleh dikatakan ada di setiap kediaman. Selain untuk kegunaan dalam masakan ia juga mempunyai banyak kegunaan lain.

Adakah anda tahu kegunaan baking soda untuk penjagaan badan lelaki? Ya, mungkin anda boleh cubanya sekarang!

Berikut merupakan 5 kegunaan baking soda kepada penjagaan lelaki.

1. MENCERAHKAN KULIT

Campurkan baking soda dengan satu sudu besar jus lemon and beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan pes ke kulit. Bilas selepas 10 minit.

2. PEDICURE

Campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam air untuk rendaman kaki yang menyamankan. Anda juga boleh memasukkan beberapa titik minyak pati dan rendamkan kaki selama 20 minit. Buang kulit kasar pada kaki dengan pes skrub hasil campuran baking soda

dan air.

BACA: Kalau Tak Boleh Tinggal 6 Tabiat Ini, Ucap Selamat Tinggal Kepada Misi Turun Berat Badan

3. SKRUB WAJAH

Campurkan satu sudu besar baking soda kepada pembersih wajah anda. Urutkan ke wajah dalam gerakan membulat untuk menanggalkan kulit mati dan blackheads.

4. PEMUTIH GIGI

Gigi kuning akibat merokok? Ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit jus lemon atau jus strawberi untuk menggantikan ubat gigi. Atau campurkan saja sedikit baking soda

dengan ubat gigi anda dan gosok gigi seperti biasa.

5. UBAT JERAWAT

Buat campuran madu dan baking soda. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas. Anda juga boleh menggantikan madu dengan jus lemon.

Published by
Farizul Izwany