RAMAI yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir masyarakat, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi apabila sering ditanya soal perkahwinan oleh makcik-makcik bawang.
Ingatlah bahawa ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Adakala ditemukan dengan pantas dan adakala ianya lambat. Semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.
Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia
Ads
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Ads
4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
Ads
5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adat dalam perhubungan rumah tangga pasti ada turun naiknya kan? Awal perkahwinan, semuanya terasa indah. Sampailah satu masa kita diuji dengan kesulitan demi kesulitan sebagai pasangan.
Seorang suami yang baik sudah tentu akan memikirkan jasa isteri dan tahu menghargai mereka dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan inilah baru anda akan terasa betapa mahalnya harga kejujuran suami. Alangkah beruntungnya isteri jika anda memiliki suami yang berjaya mengendalikan kesemua situasi ini
Tapi betul kah 5 situasi ini mampu menguji kesetiaan lelaki terhadap wanitanya?
1. ISTERI MENGANDUNG
Sesetengah pasangan benar-benar menunggu dan mengharapkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang belum bersedia untuk menerima berita gembira ini. Kehamilan yang tidak dirancang mungkin akan menyebabkan beberapa perancangan anda terpaksa ditangguhkan. Malah bagi sang suami, ia mungkin juga sesuatu yang ‘menyusahkan’. Mana tidaknya, kehamilan menjadikan isteri kurang sihat, cepat letih, banyak ragam, dan perlukan perhatian khusus.
Dari segi ekonomi juga, ia bakal memerlukan kewangan yang lebih untuk perubatan, proses bersalin, dan menyara ahli baru. Boleh stres juga kalau tak bersedia secara mental!
2. ISTERI BERSALIN & BERPANTANG
Setelah isteri melahirkan bayi, bermulalah proses pemulihan atau berpantang. Walaupun berpantang ini bukanlah perkara wajib, tetapi si isteri yang dahulunya menguruskan serba satu kelengkapan suami – kini perlu berehat dan menumpukan perhatian kepada kesihatan diri sendiri serta si kecil.
Dalam tempoh ini, isteri juga akan memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami. Susahlah kalau si isteri menguruskan semuanya sendiri. Nak memasak, mencuci baju, memandikan bayi, menyusu, dan berjaga tengah malam – bukan semua lelaki pandai membuat kerja rumah begini. Kalau suami tak sabar, mungkin mereka akan mengeluh dan rasa terbeban menguruskan isteri. Sebab itulah ada yang mengambil jalan mudah dengan menghantar isteri berpantang di kampung.
Tambahan pula, mereka juga perlu ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan intim dengan isteri sehinggalah luka bersalin kering dan pulih.
3. ISTERI BELUM DAPAT MENGANDUNG
Lain pula kisahnya kalau dapat isteri yang masih belum dapat melahirkan zuriat. Sebagai suami, ada yang merasakan ‘kelelakian’ mereka tercalar jika masih belum dikurniakan cahaya mata. Ke mana-mana pergi, asyik ditanya orang sekeliling. Pelbagai petua dan rawatan telahpun dicuba, namun hasilnya masih belum kunjung tiba. Dalam keadaan inilah sepatutnya suami patut sama-sama memberi sokongan dan tidak putus-putus mendoakan isteri.
Tapi ada pula jenis lelaki yang menanti-nanti saja si isteri memberi ‘lampu hijau’ dan asyik cari peluang menambah ‘cawangan’!
4. ISTERI MULA BERUBAH PENAMPILAN
Ada yang masa bujang dulu kurus dan seksi, lepas bersalin dah lebih berisi. Ada yang masa bekerja dulu seorang yang aktif, konfiden dan bijak dengan pakaian serba lengkap. Tapi kini bila dah jadi surirumah, isteri lebih banyak membuat kerja rumah dengan pakaian ringkas seperti T-shirt dan kain batik.
Hati suami pun makin suram dek merasakan isteri semakin ‘comot’ dan ‘tidak berkembang’. Kalau tak dtundukkan pandangan, ramai lagi wanita di luar sana yang menandingi kecantikan dan keremajaan si isteri.
Sungguhpun begitu, tidak boleh juga hanya menuding jari kepada isteri dengan alasan mereka tak tahu menjaga penampilan. Sudahkah suami membelikan produk penjagaan badan, kosmetik, dan pakaian yang cantik buatnya? Adakah suami selalu tolong di rumah supaya isteri ada banyak masa untuk berhias dan melakukan apa yang disukainya? Sedarkah bahawa mereka melakukan semuanya ini demi anda dan keluarga juga?
5. MULA MEMILIKI ‘SEGALANYA’
Bak kata orang, cinta isteri diuji ketika suami belum punya apa-apa, manakala cinta suami pula diuji ketika mereka memiliki segalanya. Bila perjalanan karier semakin baik, bisnes dan pendapatan semakin maju, ada suami yang mula melupakan pengorbanan isteri ketika mereka susah dulu. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa jurang antara suami dan isteri menjadi semakin besar apabila isteri lebih banyak mendahulukan suami dalam soal kerjaya mereka.
Bila suami perlu outstation, isteri yang bercuti. Bila suami perlu berpindah, isteri yang bertukar tempat kerja. Bila tak ada yang nak urus anak sekolah, isteri juga yang berhenti kerja. Semua ini untuk memberi laluan kepada suami agar lebih berjaya.
Sumber : Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama telefon pintar yang terkenal dengan kecanggihan kameranya, OPPO Malaysia melancarkan siri Reno11 terbaharunya, menampilkan Reno11 Pro dan Reno11. Siri ini menggabungkan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas, yang menawarkan prestasi dan pengalaman yang terunggul. Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri sepanjang hari yang turut beserta kelajuan cas terbaik dalam julatan harga pasaran ini turut dapat mewujudkan telefon pintar yang berkelas dunia.
“Gaya, prestasi, dan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 adalah luar biasa. Berciri ringan, nipis dan mudah guna, ia sesuai dipegang tapak tangan, disimpan dalam poket, dan juga diintegrasikan dalam gaya hidup semua. Dengan kemampuan fotografi potret berkualiti studio, ia juga menjadi suatu sumber kuasa kreatif. Secara ringkasnya, kedua-dua model ini direka untuk menonjol dalam setiap aspek,” kata Presiden Pemasaran, Jualan, dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO, Billy Zhang.
Ringan, Nipis & Cantik
Merayakan gaya dengan lapisan yang berbeza dan elegan, siri OPPO Reno11 direka untuk pegangan yang sempurna, menghasilkan siluet ramping pada sisi dan berkilau dengan penyudah yang cantik. Dengan Reka Bentuk 3D yang memukau, telefon pintar ini selesa digenggam di dalam tangan, setebal hanya 7.59mm dan berat 181g untuk Reno11 Pro, manakala OPPO Reno11 setebal 7.99mm dan berat 182g.
Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas
Reno11 Pro memperkenalkan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas baharu daripada OPPO dan dilengkapi dengan algoritma fotografi komputasi unggulan, membuka peluang untuk mendapatkan potret manusia dan karya-karya seni yang tak disengaja yang dinamik, tanpa mengira cahaya sekeliling.
Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 menonjol dengan kamera telefoto setara 47mm, 32MP, 2x, yang mengambil dengan pandangan klasik untuk potret, serupa dengan perspektif mata manusia. Sensor Sony IMX709 yang memacu pengalaman 2x ini tidak hanya mengambil foto yang tajam dan terperinci, tetapi juga mempunyai susunan piksel RGBW untuk peningkatan 60% dalam fotosensitiviti dan 35% kurang kebisingan berbanding dengan sensor tradisional yang sebanding.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaikan satu trend, selain selebriti dan artis, anak-anak mereka juga mendapat perhatian netizen untuk diperkatakan. Tak sangka Jasmin Hamid ada anak teruna berbadan sado dan kacak rupanya. Yelah mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Ramailah gadis-gadis yang akan cair dan naik angau selepas ini!
Disangka pasangan kekasih
Jasmin Hamid di laman Instagramnya ada memuatnaik gambar mesra dengan anak lelakinya itu menerima komen netizen yang menyangka anaknya itu sebagai pasangan kekasihnya. Mujurlah Jasmin masih tenang menjawab dakwaan itu dan tidak melatah.
Pelakon itu meminta pengikutnya itu membaca semula komen yang ditulis yang mungkin terlepas pandang lalu mengundang salah faham.
Pemain ragbi rupanya
Diberi nama Ian Haziq Macquistan, anak pelakon ini juga aktif bermain sukan ragbi dan ada memuatnaik gambar-gambar dia di padang bermain sukan itu.
Kecil-kecil pun dah comel
Bijak Bergaya Juga
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.