Rasanya agak sukar untuk kita jumpa orang lelaki yang tak mempunyai hatta seutas jam dlam hidupnya. Sama ada suka pakai atau tidak, pasti dalam koleksi mesti ada sekurang-kurangnya satu.
Jadi tak salah jika MASKULIN katakan bahawa jam tangan merupakan kawan paling baik pergelangan tangan anda.
Jika pada usia muda remaja jam yang trendy dengan warna terang pelbagai sentiasa menjadi buruan ramai. Antaranya jam dari jenama CASIO iaitu G-SHOCK. Namun sebagai lelaki yang ingin tampil macho dan bergaya janganlah hadkan kepada sesetengah jenis jam sahaja.
Tak semua jam sesuai untuk digunakan pada semua tempat dan ada di antaranya bergantung kepada ciri-ciri istimewa.
Buat anda yang ingin mencari jam tangan yang sofistikated, moden, stailo dan mengetengahkan sifat ‘jantan’, ini di antara jenis-jenis yang boleh anda beli di pasaran.
DRESS WATCH
Ads
Jam kategori dress watch ini adalah jenis jam yang paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas sahaja iaitu permukaan berwarna putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam.
Ia biasanya diperbuat daripada kulit dengan jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
DIVER’S WATCH
Seperti namanya, jam jenis diver’s watch ini pada asalnya direka untuk penyelam laut dalam. Jam begini amat tahan lasak, mempunyai sifat kalis air dan tahan tekanan. Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark.
Ads
Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut. Diver’s watch juga sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
Nama lain bagi chrono watch adalah sports watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam.
Ads
Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan. Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
FIELD WATCH
Field watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia Pertama. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Secara umumnya, field watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
PILOT WATCH
Pilot watch menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm. Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan.
Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya penggunaan tali pinggang bergantung juga kepada jenis dan juga warna seluar yang anda gayakan. Malah ia juga harus sesuai dengan warna kasut.
Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga menjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
SAIZ & KESESUAIAN
Antara tali pinggang yang tak sesuai anda gayakan.
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
PILIH YANG SESUAI
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahu pun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahu pun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
UKURAN DI PASARAN
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
UNTUK FORMAL
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
PADANAN WARNA KASUT
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahu pun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak suai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
JUMLAH LUBANG
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
KEPALA @ GANCU SESUAI
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
BAHAN TALI
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
RUJUK TREND
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kekadang kita rasa stail fesyen kita dah okey, tapi bagi mata yang memandang ia seperti ‘too much’ pula. Bergaya tidak salah brader, tetapi biarlah kena dengan caranya. Cubaan stail fesyen keterlaluan boleh menjadikan kita menjadi bahan ketawa orang yang melihat.
Ada beberapa peraturan yang perlu lelaki ikut agar stail fesyen anda tidak pelik dan janggal. Takkan nak ke ‘shopping complex’ pakai tali leher. Jika inilah stail anda, anda perlukan bantuan!
Nak nampak stail fesyen lelaki yang ‘simple’ tapi still ‘awesome’, ini caranya.
1. PASTIKAN ‘FIT’ ALWAYS RIGHT
Ini merupakan peraturan utama apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda.
Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang ‘fit’ iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. ‘Fit’ bukan bermakna ketat ya!
2. WARNA MAINKAN PERANAN PENTING
‘Simple is enough guys!’ Anda dinasihatkan untuk mengamalkan penggayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. ‘More than that, is a big no no!’ Anda pasti tidak mahu dicopkan ‘over the top’ bukan? Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jean dilihat sebagai pilihan yang terbaik. Nak tengok blazer, vest, dan kemeja menarik? Boleh check kat Tomaz. Kualiti, design, harga memang best!
3. JANGAN TERLALU MENGIKUT TREND
Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Tetapkan dalam kepala bahawa tidak semua trend bersesuaian dengan tubuh dan stail anda. Anda ingat trend itu ‘cool’, namun malangnya trend juga boleh memusnahkan. Sarunglah apa saja asalkan ia sesuai dan bersederhana, okey?
4. TAK PERLU ACAH ‘HAVE-HAVE’
Pemilihan pakaian yang ‘simple but nice is okay’, tetapi anda dinasihatkan agar untuk membeli pakaian yang benar-benar diperlukan sahaja. Apa-apapun, cermin diri anda terlebih dahulu. Ini kerana sebaik saja anda mencipta stail ‘acah-acah’ tersebut, orang di sekililing pasti akan menilai dan menantikan penampilan anda di hari-hari yang seterusnya.
5. PADANAN
Ada waktunya pakaian anda tidaklah mahal mana, tetapi tampak ‘simple but still looks classy and expensive’. Bagaimana? Senang saja! Anda perlu bijak memadankan pakaian tersebut. Jika anda memakai kemeja berbutang kosong yang biasa, cuba padankan dengan seluar khakis mahupun ‘slack’, selain seluar jean. Jika ia sesuai dengan imej anda, teruskan dengan stail ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama popular asal Jepun ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di kalangan pengguna dan peminat fesyen tempatan. Terkenal sebagai antara jenama yang sangat memetingkan keselesaan, UNIQLO dilihat seiiring dengan visi mereka untuk menyediakan pelbagai pakaian dan kelengkapan peribadi yang bukan sahaja mampu milik tetapi pada harga berpatutan.
Untuk koleksi terbarunya UNIQLO LifeWear 2021 Spring/Summer dijulang dengan konsep dan tema badan dan minda yang sihat. Koleksi LifeWear kali ini dilihat membawa falsafah keselesaan pengguna dalam pelbagai jenis gaya dan juga penyesuaian norma baharu.
Sejak berkurun amanya manusia membangunkan teknologi pakaian untuk mencari keselesaan yang maksima. Itulah yang ingin dibawa oleh UNIQLO menerusi koleksi terbarunya kali ini. Masyarakat moden kini dahagakan pakaian yang boleh memberikan mereka rasa selesa dan mudah bergerak dalam apa jua keadaan cuaca. Faktor fungi pakaian juga telah menjadi salah satu elemen cukup penting.
Berdepan cabaran selama setahun yang lalu dengan pandemik di mana kita terpaksa lebih banyak meluangkan masa di rumah. Di sebalik itu keselesaan pakaian di rumah dan juga ruang pejabat yang di ubah suai di dalam kediaman menjadi fokus utama.
UNIQLO LifeWear 2021 Spring/Summer direka khas untuk memperkasa pengguna untuk hidup lebih selesa bukan sahaja untuk fizikal malah juga mental.
Berikut merupakan beberapa segmentasi atau kategori yang diperkenalkan oleh UNIQLO menerusi koleksi ini.
TRANSITIONAL WEAR
Komunikasi online kini menjadi sebahagian daripada norma baharu kita. Sepanjang tahun lalu, ramai yang bekerja di rumah namun itu tidak bermakna gaya perlu dilupakan begitu sahaja. Transitional wear memberi elemen keleseaan selain penampilan yang sesuai untuk kasual dan juga profesional – sesuai dengan keadaan terkini. Fabrik yang digunakan juga mudah dicuci dan selesa dipakai.
FRESH AIR & FIT
Udara dan air yang bersih merupakan keperluan setiap orang untuk gaya hidup yang sihat. Kini lebih ramai orang menghabiskan masa di luarkota untuk mengembalikan ketengangan semula jadi. Seleksi pakain ini sesuai untuk pergerakan rutin harian dengan gaya ready-to-go.
HOME
Transisi antara kegiatan santai dan juga pekerjaan menjadi perkara biasa yang dilalui sepanjang tahun lalu. Lebih banyak masa dihabiskan di rumah namun ia tidak bermakna kita haorus terperap dengan pakaian tidur semata. Pakaian yang sesuai dengan kondisi dalaman rumah dengan material lembut dan tidak panas memberikan keselesaan maksima.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih kekal hartawan Melayu terkaya Malaysia. Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah AS$57.3 bilion.