Jenis Tabiat Makan Penyebab Kenaikan Berat Badan, Antaranya Makan Terlalu Cepat

Share

Ya, setiap orang mempunyai tabiat makan yang berbeza-beza. Ada yang suka makan tanpa diganggu dan ada juga kena makan sambil berteman. Walau apa jua ‘teknik’ makan yang anda suka namun terdapat beberapa tabiat yang perlu anda elak.

Dan tabiat-tabiat makan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tiada kesan buruk yang paling menakutkan melainkan masalah kegemukan!

Jadi benarkan tabiat makan boleh menjadi punca berlakunya kegemukan?

PENYEBAB & KESILAPAN

Menurut pendapat daripada pakar perubatan ia berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tak dikawal dan mengamalkan gaya hidup tanpa mempedulikan kesihatan.

Ia kini menjadi salah satu musuh utama lelaki. Apatah lagi kita kini dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang boleh menggemukkan.

Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan  malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.

Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.

BACA: Makan Kenyang Tapi Tak Jadi Gemuk, Kenali Menu Diet Awesome Ini!

Meninggalkan Waktu Makan

Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.

Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makanyang tidak dapat dielakkan.

Makan Terlalu Cepat

Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.

Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.

Makan Banyak Hujung Minggu

Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.

Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.

Makan Snek Masin

Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.

Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.

Meminum Berkarbonat & Alkohol

Minuman berkarbonat dan alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.

Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.

Published by
Farizul Izwany