T-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki mahupun wanita. T-shirt menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.

Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt sebenarnya mempunyai pelbagai jenis untuk keperluan yang berbeza-beza.

Jadi sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, anda tidak semestinya mempunyai kesemua jenis t-shirt.

Memadai anda memiliki sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt untuk disimpan dalam almari pakaian sebab t-shirt-shirt ini antara yang kerap anda gunakan.

Jom kita tengok.

BACA: Jangan Rosakkan Stail, Rupanya 14 Gaya Fesyen Yang Lelaki Selalu Buat Ini Salah!

1. Undershirt

5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.

IKLAN

Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirttidak berapa popular berbanding sekarang. Pada  zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.

2. T-shirt Polos

5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.

Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.

IKLAN

Ketika menyarungkannya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.

BACA: Lelaki Kena Tahu 5 Trik Pakai Baju Kemeja Ini Kalau Nak Nampak Smart & Kemas!

3. T-shirt Polo

5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.

IKLAN

T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.

4. T-shirt Henley

5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.

Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.

BACA: 5 Bentuk Badan Yang Lelaki Kena Tahu Agar Mudah Anda Pilih Pakaian!

5. Sweatshirt

5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI