5 Jenis Senaman Terbaik Untuk Dapatkan Otot Dada Mantap

Share

Melakukan senaman yang sama dan berulang-ulang kadangkala boleh menimbulkan rasa bosan. Tak dapat dinafikan juga tidak banyak jenis senaman konvensional atau popular melibatkan bahagian spesifik seperti dada.

Kebanyakan senaman tertumpu kepada bahagan lengan, bisep, kaki dan juga abdomen. Namun hakikatnya ramai lelaki yang mengimpikan untuk mempunyai dada yang bidang dan mantap seperti dilihat pada bentuk badan superhero Thor atau Superman.

BACA: Jom Besarkan Otot Bisep & Trisep Dengan 5 Teknik Jantan Ini!

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sama ada di gimnasium atau di rumah. Bergantung kepada jenis kelangkapan senaman yang anda ada.

Usah buang masa, jom sama-sama kita cuba!

BAND CHEST FLY

Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum.

Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.

BATWING FLY

Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit. Caranya mudah saja.

Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.

INCLINE DUMBBELL BENCH PRESS

Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest.

Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.

CABLE FLY

Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah.

Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.

DECLINE DUMBBELL BENCH PRESS

Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua deumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus.

Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.

Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat. Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim